Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Selangor Hargai Petugas Masjid, Surau

By 21 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Selangor sentiasa menghargai peranan pegawai-pegawai serta jawatankuasa masjid dan surau yang berusaha memastikan segala program sepanjang bulan Ramadan berjalan dengan sempurna.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata ia kerana ada di antara petugas berkenaan termasuk nazir, imam, bilal dan siak yang bekerja 24 jam dan lebih 30 hari menjayakan bulan Ramadan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta jawatankuasa masjid dan surau yang telah bertungkus lumus sepanjang bulan Ramadan ini.

“Jika ada program sahur, awal-awal lagi mereka sudah bersedia dan sebelum waktu berbuka puasa, mereka yang paling awal datang untuk melakukan persiapan. Datang awal, pulang lewat.

“Kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan khas kewangan kepada nazir, imam, bilal dan siak sebagai menghargai atas usaha-usaha yang telah mereka laksanakan,” katanya.

Menteri Besar, Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada asnaf Kampung Sungai Kertas.

Menteri Besar, Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada asnaf Kampung Sungai Kertas.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas sebelum Solat Isyak dan Terawih berjemaah di Surau An-Nasihin, Kampung Sungai Kertas, di sini semalam.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua turut menyampaikan sumbangan daripada pihak surau tersebut kepada asnaf-asnaf.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan khas kewangan Insentif Mahabbah Selangor membabitkan 2,053 surau dan 390 masjid di seluruh Selangor berjumlah RM4.17 juta.

Bayaran itu membabitkan seramai 12,995 orang yang akan menerima RM400 bagi petugas masjid yang terdiri nazir, imam, bilal dan siak. Sementara petugas surau seperti pengerusi, imam, bilal dan siak akan menerima RM300.

-NAZ

Tinggalkan komen anda