Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tegakkah Roh dan Budaya Ilmu – Saifuddin

By 6 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto : Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 6 Mei (Malaysiaaktif) – “Saya memanggil mereka profesor kangkung kerana mereka tidak tahu membezakan antara yang tulen dengan memalsukan fakta, memanipulasikan serta menggunakan kedudukan mereka memberi laporan yang salah,” ujar Menteri Luar Negeri ketika diminta mengulas isu ‘profesor kangkung’.

Datuk Saifudin Abdullah juga menasihati agar pelajar di institut pengajian awam melengkapkan dan menghabiskan pengajian bidang yang diambil supaya mahir serta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari.

Seramai 60 pelajar cemerlang diraikan.

Seramai 60 pelajar cemerlang diraikan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu turut berkata kerajaan juga memberikan perhatian kepada institusi tahfiz dan sekolah pondok dengan memberikan bantuan kewangan kepada institusi tersebut.

“Kerajaan juga memperkenalkan gagasan ‘rahmatan lil alamin’ iaitu rahmat kepada manusia dan alam serta prinsip ‘Maqasid Syariah’ yang meletakkan objektif syariah di tempat yang lebih tinggi,” katanya lagi.

Beliau juga mengatakan tanggapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan mengetepikan pembangunan Islam adalah tidak berasas.

“Di mana sahaja saya pergi saya akan membawa produk kita seperti Sijil Halal, dan negara bukan Islam seperti Argentina dan Korea Selatan mula menyuarakan minat untuk mendapatkan Sijil halal dan berurusan dengan JAKIM,” ujar beliau dalam mempromosikan produk Islam ke luar negara.

Sementara itu,  Saifuddin juga berkata beliau tidak akan meminta maaf kepada empat ahli akademik yang memberi nasihat kepada Majlis Raja-raja mengenai Statut Rom selepas menggelar mereka sebagai ‘profesor kangkung’.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Apresiasi Akademik Parlimen Indera Mahkota dan pelancaran Sinar Kasih.

Seramai 60 pelajar cemerlang daripada Akademi Pendidikan Indera Mahkota diraikan berdasarkan rekod kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan pelajar berkeperluan khas.

Hadir sama, Pengurusi Jawatankuasa Biro Sinar Kasih, Datin Norlin Shamsul Bahri dan Ketua pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafa.

 

-KN

Tinggalkan komen anda