Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemudah Cara Redakan Isu Perkauman

By 6 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

KUANTAN, 6 Mei (Malaysiaaktif) -“Saya harap isu perkauman ini dapat dirunding dengan baik supaya tidak timbul perkara yang menyebabkan keadaan semakin tegang,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah binti Salleh, menjawab isu hangat antara kaum.

Menurutnya, JPM bersedia menjadi pemudah cara bagi meredakan isu-isu hangat antara kaum yang berlaku di negara ini dengan cara berunding dengan pihak yang terlibat agar isu seperti itu tidak berlarutan hingga sampai ke tahap yang boleh menimbulkan kebimbangan orang ramai.

“Negara Malaysia adalah berbilang kaum dan sensitiviti itu diapi-apikan sesetengah pihak sehingga menimbulkan ketegangan antara kaum,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Akademik Juara Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 2018, di sini.

Seramai 81 pelajar cemerlang program berkenaan dari Kuantan dan Pekan diraikan selepas mencatatkan keputusan membanggakan dalam peperiksaan awam melibatkan 22 buah sekolah dan 723 penyertaan pelajar.

Difahamkan 50,000 pelajar di seluruh kawasan ECER telah menerima manfaat program Empower ECER sejak dilancarkan sejak lapan tahun lalu.

Program Empower ECER merupakan salah satu inisiatif pembangunan modal insan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat diperkenalkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan mendapat kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Dalam pada itu, Fuziah berharap lebih banyak institusi termasuk universiti akan memperolehi manfaat daripada sumbangan orang-ramai menerusi rang undang-undang akta wakaf yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini.

81 pelajar cemerlang diraikan atas pencapaian kecemerlangan dalam UPSR, PT3, dan SPM tahun 2018 melibatkan 22 buah sekolah dari daerah Kuantan dan Pekan.

81 pelajar cemerlang diraikan atas pencapaian kecemerlangan dalam UPSR, PT3, dan SPM tahun 2018 melibatkan 22 buah sekolah dari daerah Kuantan dan Pekan.

 

-KN

Tinggalkan komen anda