Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Nota Bantahan Ceroboh Perairan Malaysia

By 6 Mei 2019Mei 17th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/ foto: Pai Syahira/ Faizul Effendy (Pahang)

KUANTAN, 6 Mei (Malaysiaaktif) – “Malaysia akan mengeluarkan nota bantahan kepada kedutaan Vietnam dalam masa terdekat,” kata Menteri Luar Negeri berhubung pencerobohan nelayan dari Vietnam di perairan negara.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia akan meminta penjelasan daripada kedutaan Vietnam dan mengadakan rundingan berkenaan penyerahan semula bot-bot yang ditahan apabila perkara tersebut selesai siasatan.

Penyambaian hadiah kepada 40 wakil masjid dan surau sempena Sumbangan Ihya Ramadhan.

Penyambaian hadiah kepada 40 wakil masjid dan surau sempena Sumbangan Ihya Ramadhan.

Tindakan mengusir atau pun menahan bot-bot akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa menerusi perjanjian antara kedua-dua negara mengikut prosedur standard jika melibatkan pencerobohan perairan nelayan asing.

“Biasanya kita tidak suka menahan bot itu buat masa yang lama dan bila selesai kita akan serahkan semula bot itu,” katanya lagi.

Susulan itu, Saifuddin juga berkata kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan semula lebih lima bot nelayan tempatan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sepanjang tahun 2019.

Beliau berkata nelayan mudah tersasar di kawasan Selat Melaka kerana perairan yang sempit dan Malaysia akan cuba sedaya upaya untuk bantu menyelesaikan isu ini.

Difahamkan Malaysia dan Indonesia mempunyai perjanjian di mana nelayan dari kedua-dua Negara yang melewati atau melebehi sempadan negara akan diusir terdahulu tanpa melalui proses penahanan.

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Sambutan Ihya Ramadhan di Masjid Semambu, Kuantan.

Selain itu, Saifudin turut menyeru orang Islam untuk meraikan ramadhan kali ini dengan menghayati konsep ‘rahmatan lil alamin’ sebaiknya.

Di samping itu, sempena bulan kasih sayang ini, masyarakat Islam perlu melipat gandakan sumbangan dan derma dalam bidang pendidikan seperti mana diamalkan oleh golongan bangsa Cina.

Sebanyak 40 buah masjid dan surau di sekitar parlimen Indera Mahkota menerima sumbangan dan majlis tazkirah di adakan dalam sesi usrah bersama jemaah masjid.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota merasmikan sukan tahunan di SJK (C) Semambu.WhatsApp Image 2019-05-05 at 15.20.47

 

-KN

Tinggalkan komen anda