Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Tun Juhar, Shafie Tunai Solat Terawih Pertama Malam Ini

By 5 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyertai lebih 200 jemaah menunaikan solat sunat terawih pertama, malam ini.

Turut bersama dalam solat tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Mokhtar, Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan serta ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan.

Jemaah membaca surah Yassin dan tahlil selepas solat fardhu Maghrib berjemaah.

Jemaah membaca surah Yassin dan tahlil selepas solat fardhu Maghrib berjemaah.

Solat sunat terawih lapan raka’at dan witir itu diimamkan Pegawai Agama Istana Negeri, Imbran Angun di Surau Istana Negeri dekat sini.

Terdahulu, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar mempersembahkan keputusan cerapan yang dijalankan di Balai Cerap Al Biruni Tanjung Dumpil kepada Tun Juhar.

Bungsu (dua dari kanan) mempersembahkan dapatan cerapan matahari dari Balai Cerap Al Biruni Tanjung Dumpil kepada Tun Juhar (tiga dari kiri).

Bungsu (dua dari kanan) mempersembahkan dapatan cerapan matahari dari Balai Cerap Al Biruni Tanjung Dumpil kepada Tun Juhar (tiga dari kiri).

Bagaimanapun, melalui kaedah rukyahtul hilal tersebut, jawatankuasa yang dilantik mendapati anak bulan tidak kelihatan.

Keputusan mengenai penetapan tarikh permulaan puasa kemudiannya dipastikan menerusi perutusan daripada Istana Negara yang disampaikan oleh Setiausaha Sulit Kepada Tuan Yang Terutama, Abinan Asli.

Mohd Shafie (dua dari kiri) bersama Tun Juhar (kiri) menunaikan solat sunat terawih pertama, malam ini.

Mohd Shafie (dua dari kiri) bersama Tun Juhar (kiri) menunaikan solat sunat terawih pertama, malam ini.

Solat terawih berkenaan juga disertai 50 jemaah wanita yang diketuai isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta beberapa orang isteri tetamu kenamaan yang turut menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah dan bacaan Surah yassin dan tahlil sebelum solat fardhu Isyak.

EM

Tinggalkan komen anda