Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Majlis Ru’yah Hilal Ramadan, Tetapkan Permulaan Ibadah Umat Islam

By 5 Mei 2019Tiada komen3 minit bacaan
Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

PUTATAN, 5 Mei (Malaysiaaktif)Majlis Rukyah Hilal (melihat anak bulan) merupakan antara acara rasmi tahunan kerajaan negeri.

Sebahagian orang ramai yang turut hadir bagi menyaksikan proses-proses carapan anak bulan.

Sebahagian orang ramai yang turut hadir bagi menyaksikan proses-proses carapan anak bulan.

Majlis ini diadakan bertujuan merealisasikan Sunnah Baginda Nabi Muhammad SAW khasnya bagi menetapkan permulaan ibadah umat Islam seperti berpuasa, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, majlis itu amat penting dalam menentukan soal ibadah umat Islam dan jabatan yang diberi mandat oleh kerajaan negeri adalah Pejabat Mufti Negeri Sabah dan turut dibantu oleh jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan lain.

Upacara menurunkan tandatangan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Melihat Anak Bulan Bagi Negeri Sabah Tahun 1440H/2019M sejurus selesai proses cerapan.

Upacara menurunkan tandatangan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Melihat Anak Bulan Bagi Negeri Sabah Tahun 1440H/2019M sejurus selesai proses cerapan.

“Rukyatul hilal adalah satu tuntutan dan di Malaysia kaedah rukyah (melihat) dan hisab (kiraan) adalah kaedah yang digunakan bagi menetapkan awal Ramadan, Syawal dan hari ke-10 dalam bulan Zulhijjah serta berkait rapat dalam pembikinan taqwim.

“Rukyah tidak boleh dipraktikkan dengan sebaik-baiknya jika pengetahuan ciri-ciri anak bulan tidak diketahui manakala rukyah tanpa persediaan teknikal adalah sia-sia dan boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Bungsu Aziz (tengah) memerhatikan gambar cerapan anak bulan melalui kamera yang dipasangkan ke Teleskop Skywatcher 190 mm Maksutov Newtonian Astrograph.

Bungsu Aziz (tengah) memerhatikan gambar cerapan anak bulan melalui kamera yang dipasangkan ke Teleskop Skywatcher 190 mm Maksutov Newtonian Astrograph.

Menurutnya, kaedah rukyah dan hisab dengan kriteria imkanur rukyah saling memenuhi keperluan di antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan.

Selain itu, katanya, Balai Cerap Al Biruni Tanjung Dumpil antara 29 lokasi rasmi tempat melihat anak bulan seluruh Malaysia dan antara satu mercu tanda Islam serta perkembangan ilmu falak atau astronomi di negeri ini.

Bungsu Aziz (dua dari kiri) melakukan kiraan ketinggian hilal sambil diperhatikan Ketua Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jumat Abd. Razak (kiri).

Bungsu Aziz (dua dari kiri) melakukan kiraan ketinggian hilal sambil diperhatikan Ketua Bahagian Falak Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jumat Abd. Razak (kiri).

Shafie turut menyeru agar bersama-sama meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT dan membantu golongan yang memerlukan dengan memperbanyakkan program amal jariah.

“Semoga bulan mulia yang penuh keberkatan ini akan mencetus semangat dan kekuatan kepada kita untuk menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, lebih komited dan bersungguh-sungguh sebagaimana yang dituntut oleh agama,” katanya pada Majlis Pelancaran Ru’yah Hilal Rasmi (Ramadan, Syawal dan Zulhijjah) sempena Majlis Hilal Ramadan Tahun 1440 Hijrah Bersamaan tahun 2019 bagi negeri Sabah di Balai Cerap Al Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, pada petang Ahad.

Aidi ketika bersedia untuk memulakan cerapan anak bulan Ramadan.

Aidi ketika bersedia untuk memulakan cerapan anak bulan Ramadan.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar.

Pada majlis itu, proses rukyah hilal Ramadan bermula kira-kira 6.23 petang dan diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar sebelum upacara menurunkan tandatangan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Melihat Anak Bulan Bagi Negeri Sabah Tahun 1440H/2019M.

Peminat Astronomi turut mengambil peluang untuk mencerap anak bulan

Peminat Astronomi turut mengambil peluang untuk mencerap anak bulan

Hadir sama Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai; Yang Dipertua MUIS, Datuk Dr Hasbullah Taha; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass dan Pemangku Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahmad Din Othman.

EM

Tinggalkan komen anda