Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Wat Dua Naga, Silang Budaya Bangsa

By 3 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto : W Shahilawati W Baharuddin / Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Dalam konteks Negara Malaysia yang berbilang etnik dan budaya, Program Silang Budaya di Wat Phothikyan Kampung Balai, mampu memberi pengetahuan dan lebih mengenali ajaran Agama Budhha.

Program ini merupakan kali pertama diadakan oleh Jabatan Penerangan Kelantan, menerusi salah satu modul aktiviti Program Pewaris Muda Negara yang melibatkan seramai 40 orang mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh Kelantan.

Menurut salah seorang peserta program, Jurusan Seni Kulinari daripada Management and Science University (MSU College), Nurul Hazirah Mohd Zuhdi, 20, berkata dia berasa teruja dan gembira dapat terlibat dalam program silang budaya ini. Sebelum ini beliau tidak pernah menjejaki kaki ke Wat kerana tidak tidak berani malah takut jika terlanggar peraturan-peraturan ajaran agama di situ.

Mural gambaran siksaan jika melanggar Pancasila.

Mural gambaran siksaan jika melanggar Pancasila.

“Bagaimanapun tanggapan saya adalah salah, dan saya dapat melihat sendiri mercu tanda Wat Phothikyan iaitu patung Buddha bewarna putih. Saya juga diberi penerangan yang jelas bahawa Wat tersebut juga dikenali sebagai Wat Dua Naga kerana pintu gerbangnya diapit sepasang naga. Wat dua Naga mempunyai dinding yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 598 meter dan bewarna warni,” jelasnya.

Seorang penduduk, Ku Kie Lai, 45, sempat menerangkan kepada peserta Program Silang Budaya mengenai Lima Pancasila Utama bagi penganut agama Buddha.

“Pancasila merupakan prinsip, ada lima prinsip asas sebagai pegangan yang ditegah bagi penganut agama Buddha iaitu tidak boleh menyebabkan kematian kepada makhluk, tidak mengambil benda-benda orang lain tanpa izin, tidak berzina, tidak berbohong dan tidak mengambil benda-benda yang memabukkan. Bagi Sami lelaki pula, mereka perlu mematuhi 227 Pancasila dan bagi Sami wanita mereka perlu mematuhi sebanyak 311 Pancasila,” katanya ketika ditemui.

Menurut Ku Kie Lai yang bekerja kampung, terdapat mural dalam bangunan yang menunjukan gambaran siksaan yang bakal diterima oleh penganut Buddha sekiranya mereka melanggar Lima Pancasila Utama.

Tambahnya, yang paling menarik di sini adalah rumah mandi wap yang digunakan sebagai salah satu cara perubatan tradisional.

-NAZ

Tinggalkan komen anda