Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Kebun Komuniti Inisiatif Terbaik

By 4 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan / foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Kebun komuniti bukan hanya sekadar aktiviti keluar peluh dan penghilang stres, malah mendidik komuniti mengamalkan pemakanan sayuran bebas daripada racun serangga dan baik untuk kesihatan.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud menyatakan kebanyakan orang muda terlalu sibuk dengan hal-hal lain seperti kerja seharian dan apabila tiba hujung minggu, sibuk juga nak kemas rumah, memasak dan sebagainya dan rekreasi mereka adalah membawa ahli keluarga membeli belah dan berjalan di pusat membeli belah.

“Tetapi, jika kita beri kesedaran kepada mereka untuk bercucuk tanam, hujung minggu rekreasi mereka dihabiskan di kebun dan itu adalah lebih baik di samping dapat menjaga kesihatan masing-masing,” kata Mariah pada Program Jualan Sayur Petik Sendiri Dari Ladang Sempena Hari Bumi 2019 di Kebun Komuniti Lapan Timur Fasa 1, Seksyen 8, Shah Alam pada 21 April yang lepas.

“Walaupun golongan yang berusia ini memang bagi saya, mereka boleh pilih untuk tidak buat apa dan berehat semata tetapi mereka pilih untuk melakukan aktiviti berkebun ini yang bukan saja menyihatkan tubuh badan malah mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk setempat,” kata beliau.

Beliau juga berpendapat kalau duduk di rumah akan sakit sebab tidak melakukan apa-apa tetapi bila kita berekreasi begini, kita anggap ia satu hobi dan seperti pengubat atau terapi pada diri kita ini.

“Saya ingin menggesa semua pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana PBT Shah Alam sudah ada 20 kebun komuniti dan jika setiap komuniti kita ada seperti ini, maknanya kita secara tidak langsung menggalakkan masyarakat kita bercucuk tanam,” ujar beliau.

“Saya menekankan bahawa bercucuk tanam ini bukan saja disebabkan hobi tetapi sebenarnya adalah keperluan iaitu keperluan kita kepada sayur-sayuran yang bebas daripada pestisid atau racun serangga yang merbahaya yang akan menyebabkan dalam jangka masa panjang penyakit-penyakit yang sekarang ini kita tidak pernah tahu atau mendengarnya sebelum ini,” tegas Mariah.

Mariah menyatakan dengan adanya kebun komuniti seperti ini boleh dijadikan sebagai tempat menyatupadukan penduduk setempat di antara satu sama lain.

-NAZ

Tinggalkan komen anda