Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

200 Pelajar Berjaya Kumpul 632 Kilogram Barang Kitar Semula

By 26 Jun 2019Jun 28th, 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan / Foto: A.Prabagaran Assaithampi (Klang)

KLANG, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Sejumlah 632 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpul 200 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batu Ampat, Jalan Kebun semasa program Kempen Clean and Green, di sini hari ini.

Setiap pelajar membawa barang-barang kitar semula untuk dikumpul sebelum dijual dan disumbangkan untuk dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George ketika merasmikan program berkata setiap individu termasuk pelajar sekolah dan dewasa perlu menjaga kebersihan alam sekitar supaya kehidupan kita bebas daripada wabak denggi.

“Saya berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan pihak sekolah dan pelajar-pelajar bagi menjayakan program ini, sikap ini perlu dikekalkan.

Antara barangan kitar semula yang dikumpul oleh pelajar SJKT Batu Ampat sempena Kempen Clean And Green

Antara barangan kitar semula yang dikumpul oleh pelajar SJKT Batu Ampat sempena Kempen Clean And Green

“Ia menunjukkan mereka faham peranan masing-masing untuk memastikan persekitaran kawasan kita sentiasa bersih,” katanya.

Gunaraj berharap agar usaha tersebut diteruskan supaya motif kempen ini dapat dijayakan selama empat bulan sejak April lalu.

“Program Clean and Green ini berlangsung selama empat bulan program dan saya menyeru agar pelajar-pelajar sampaikan mesej kepada ibu bapa agar setiap rumah mempunyai tong sampah,” ujarnya.

Dalam program berlangsung pagi tadi, antara pengisiannya adalah ceramah mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan cabutan bertuah turut diadakan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda