Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Aspirasi 60 Pelajar Pahang

By 26 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira / Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 60 pelajar dari negeri Tok Gajah telah berkampung selama tiga hari dua malam di Kem Aspirasi Pelajar Kelab Malaysiaku bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Perserta kem yang berumur 13 hingga 18 tahun menzahirkan rasa teruja mengikuti modul khas dan menjalani latihan dalam kumpulan bersama fasilitator terlatih daripada Jabatan Penerangan Negeri Pahang.WhatsApp Image 2019-06-26 at 00.27.57

Nur Asrin Mohd Hamidun, 18 tahun, pelajar SMK Rompin berkata,”Pada mulanya saya rasa gementar namun setelah sesi ice-breaking dalam kumpulan, rasa seronok untuk belajar kerjasama dalam pasukan.”

Manakala Muhammad Danish Haikal, 13, menyifatkan penyertaannya pada kali ini adalah pengalaman menyeronokkan dan bermakna sebagai panduan alam persekolahan di sekolah menengah.

Antara pengisian utama aktiviti ialah Sistem Demokrasi Berparlimen, Simulasi  Pilihan Raya, etika media sosial dan Malaysiaku Cergas.

Menurut Pengarah Penerangan Pahang, Mohd Salmun Mustafa, penyertaan pelajar dari seluruh daerah di Pahang turut melibatkan pelajar orang Asli dapat menyemai sikap perpaduan dan semangat kekitaan di kalangan remaja mencapai sasaran objektif.WhatsApp Image 2019-06-26 at 00.27.48

“Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Pahang dianjurkan setiap tahun oleh Jabatan Penerangan Negeri Pahang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Pahang dilihat sebagai sinergi yang baik bagi melahirkan remaja berkempimpinan dalam menghayati Rukun Negara,” ujar Salmun.

Sehubungan itu, Ketua Sektor Pendidikan Pahang, Mohd Raauf Jali berpendapat bahawa kerjasama ini memberi manfaat berpanjangan kepada pelajar, membina keyakinan diri serta kepimpinan di samping menghayati perpaduan kenegaraaan.

“Jabatan Pendidikan Pahang melihat kolaborasi dan jaringan yang mantap ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan diharapkan dapat diilakukan dengan kerap dan berfasa. Pihak kami mengharapkan agar program ini dilaksanakan juga di peringkat sekolah rendah,” kata Raauf.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, objektif lain pelaksanaan Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku adalah bagi memupuk semangat patriotisme, perpaduan  dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti.

Sebanyak 804 buah Kelab Malaysiaku ditubuhkan dan 76 darinya di Pahang melibatkan 32,160 pelajar sejak 2016.

 

-KN

Tinggalkan komen anda