Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

570 Premis Diperiksa, Seorang Peniaga Dikompaun Sepanjang SHMMP Hari Raya Puasa 2019

By 22 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Sepanjang tempoh perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2019, 570 premis diperiksa dan seorang peniaga didapati melanggar peraturan dan dikenakan kompaun serta merta bernilai RM100.00.

Kes tersebut melibatkan kesalahan di bawah Perintah 2(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) (No.2) 2019 kerana gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu (pink plate).

Menurut Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Annual Kanari, lokasi tumpuan pemeriksaan ialah di pasar awam dan premis-premis tumpuan utama seperti di Pasar Sentral dan Pasar Peladang selain premis-premis runcit dan borong di Wilayah Persekutuan Labuan.

Jelasnya, Tindakan awal KPDNHEP Wilayah Persekutuan Labuan adalah mendapatkan maklumat terkini berhubung kedudukan bekalan dan harga semasa barang daripada pemborong atau pembekal yang membawa masuk bekalan barang-barang ke Wilayah Persekutuan Labuan sebelum mendapatkan harga cadangan.

46dd6416-ca49-4ca8-82fe-2b9c0d982d1d

“Mesyuarat bersama pengeluar, pemborong dan penjual runcit telah diadakan untuk melihat kedudukan bekalan dan harga terkini di pasaran serta mengetahui isu dan masalah yang mungkin dapat dikenalpasti sebelum harga cadangan dihantar serta dipersetujui di peringkat Ibu Pejabat.

“Harga cadangan yang telah dimuktamadkan di peringkat negeri seterusnya dihantar kepada pihak Ibu pejabat melalui Bahagian
Penguatkuasa Seksyen Bekalan Harga KPDNHEP,” katanya.

Tambahnya, flyers makluman pelaksanaan juga disediakan dan diedarkan kepada peniaga sebaik pengumuman pelaksanaan dilakukan di samping menjalankan publisiti menerusi media tempatan.

Perlaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2019 juga katanya berjalan lancar tanpa ada sebarang aduan diterima, tiada isu masalah kekurangan bekalan dan harga jualan borong serta runcit bagi 18 barangan terlibat mematuhi harga kawalan yang telah ditetapkan.

-EM

Tinggalkan komen anda