Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Rai 22 Pendaki

By 26 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)

KUALA LUMPUR, 26 Jun ( Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan meraikan 22 pendaki program Eksplorasi Gunung Syue, Taiwan 2019 di Dewan Serbaguna Istana Negara.

Dalam titah baginda turut menyarankan warga istana untuk menyertai sukan lasak supaya melatih disiplin selain dapat menyemai ukhwah dan meningkatkan semangat juang.

“Saya harap warga istana dan pegawai akan turut melibatkan diri aktiviti mendaki gunung, ia membentuk semangat setiakawan,” titah Al-Sultan Abdullah.

Dalam pada itu, program pendakian turut mengimbau kenangan baginda semasa menjalani latihan ketenteraan yang pernah disertai tuanku suatu ketika dahulu.

Eksplorasi tersebut dianjurkan oleh Kelab Media Pahang dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang dan mereka akan mendaki Puncak ‘Snow Mountain’ berketinggian 3668 meter dari paras laut.

Kumpulan pendaki melibatkan 16 wartawan dan jurugambar mewakili pelbagai agensi media yang berkhidmat di Pahang dan Kuala Lumpur manakala enam lagi pendaki mewakili pegawai kanan JBPM.

Antara peserta lain ialah Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin; Pengarah JBPM Pahang, Nor Hisham Mohamad; Presiden Kelab Media Pahang, Datuk Nik Naizi Husin; wartawan serta jurugambar media rasmi dan arus perdana negara.

Misi diketuai ko-responden TV3, Fazli Ahmad dijangka mendaki Gunung Syue bermula 25 Jun hingga 1 Julai 2019 dan membuat persiapan rapi sebagai persediaan membawa kumpulan pendaki.

Baginda yang merupakan Sultan keenam Pahang turut perkenan menyempurnakan gimik pelancaran dan penyerahan Jalur Gemilang, bendera Pahang dan bendera JBPM untuk dibawa hingga ke puncak oleh para pendaki.

Kelab Media Pahang mula aktif dalam sukan mendaki sejak 2014 dan telah menganjurkan beberapa program mendaki gunung di dalam serta luar negara.

Pengamal media Pahang menjadikan pendakian sebagai acara tahunan dan pernah menakluki Gunung Fansifan, Gunung Kerinchi, Gunung Pulag, Kem Pangkalan Annpurna dan Gunung Daik.

22 pendaki diraikan dengan majlis santapan dalam majlis Pelancaran Eksplorasi Gunung Syue Taiwan 2019.

22 pendaki diraikan dengan majlis santapan dalam majlis Pelancaran Eksplorasi Gunung Syue Taiwan 2019.

 

-KN

Tinggalkan komen anda