Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Aplikasi VSP – Kes Jenayah Kini Lebih Mudah Dilaporkan

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shah Hood/Hamisah Sumar

JOHOR BAHRU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat hari ini lebih terdedah dengan kes jenayah yang berlaku di sekeliling malah tidak dinafikan terdapat beberapa kes jenayah boleh berlaku di depan mata.

Sehubungan itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil langkah mengurangkan kadar jenayah dengan memperkenalkan penggunaan aplikasi “Volunteer Smartphone Patrol” (VSP) bagi menyalurkan maklumat jenayah yang berlaku di sekitar kawasan penduduk dengan melaporkannya menggunakan aplikasi ini.

Balai Polis Bergerak merupakan kenderaan yang digunakan untuk meningkatkan omnipresence atau kehadiran pasukan keselamatan itu di peringkat daerah.

Balai Polis Bergerak merupakan kenderaan yang digunakan untuk meningkatkan omnipresence atau kehadiran pasukan keselamatan itu di peringkat daerah.

Sub Inspektor Polis (S/INSP) Othman Zainuddin berkata sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu, jumlah aduan atau maklumat kegiatan jenayah menerusi aplikasi tersebut masih berada pada tahap rendah kerana masyarakat masih kurang pendedahan mengenai aplikasi VSP ini.

Katanya, orang ramai perlu memanfaatkan aplikasi itu bagi membolehkan polis dapat bertindak lebih pantas dalam mencegah serta membanteras jenayah berdasarkan maklumat yang disalurkan.

Bahan penerbitan turut disediakan oleh Pasukan Polis sebelum memberi taklimat.

Bahan penerbitan turut disediakan oleh Pasukan Polis sebelum memberi taklimat.

“Menerusi VSP, orang ramai boleh menghantar teks, berkongsi maklumat bergambar, lokasi serta video sekali gus membolehkan polis bertindak pantas berdasarkan maklumat diterima,” katanya dalam taklimat keselamatan bersama penduduk rumah pangsa Program Mobile Police Community Engagement (MPCE), Taman Skudai Kanan, Johor Bahru semalam.

“Maklumat yang disalurkan oleh orang ramai menerusi VSP membolehkan polis bertindak dalam tempoh kurang 15 minit ke lokasi, seterusnya menumpaskan kegiatan penjenayah yang berlaku,” tambahnya.

Othman (tiga dari kiri) bersama anggota yang lain semasa program Taklimat Keselamatan PDRM Penggunaan Aplikasi Volunteer Smartphone Petrol (VSP) di Taman Skudai Kanan, Johor Bahru.

Othman (tiga dari kiri) bersama anggota yang lain semasa program Taklimat Keselamatan PDRM Penggunaan Aplikasi Volunteer Smartphone Petrol (VSP) di Taman Skudai Kanan, Johor Bahru.

Menurutnya lagi, antara faedah menggunakan VSP ini ialah dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.

“Selain itu, VSP juga dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis dan seterusnya menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.”

“PDRM berharap lebih ramai individu menjadi ahli VSP mendaftar dengan aplikasi itu kerana hanya dengan bantuan serta kerjasama masyarakat polis dapat membanteras jenayah,” katanya lagi.

Othman ketika menyampaikan taklimat keselamatan bersama penduduk di Blok G dan H, Taman Skudai Kanan, Johor Bahru.

Othman ketika menyampaikan taklimat keselamatan bersama penduduk di Blok G dan H, Taman Skudai Kanan, Johor Bahru.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi VSP ini di Google Play Store dengan menaip VSP PDRM.

Melalui aplikasi VSP ini, didikan dan kesedaran sivik dapat diberikan kepada masyarakat dalam sudut keselamatan membanteras jenayah di samping mengeratkan hubungan mesra antara PDRM dan masyarakat sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak PDRM.

Antara maklumat yang boleh disalurkan kepada pihak PDRM adalah seperti kes ragut, dadah, lumba haram, penyeludupan, pecah rumah dan juga balik kampung (ketidakberadaan di rumah).

-EM

Tinggalkan komen anda