Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Thailand, Sabah Kukuhkan Kerjasama

By 27 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sahiman Rahman/Shavian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Hubungan baik Thailand dan Malaysia khususnya Sabah mampu mengukuhkan kerjasama erat di antara kedua-dua negara.

Shafie (kanan) dan Narong (kiri) berbincang mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri ini.

Shafie (kanan) dan Narong (kiri) berbincang mengenai peluang-peluang pelaburan di negeri ini.

Duta Besar Thailand ke Malaysia, TYT Narong Sasitron berkata, Thailand berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Sabah dengan membuka peluang perniagaan dan pelaburan di negeri ini.

“Kami mahu mengukuhkan lagi integrasi dengan Sabah serta mencari ruang dan peluang perniagaan serta pelaburan di sini selain bekerjasama dalam bidang-bidang lain.

Shafie (kanan) dan Narong (kiri) menyampaikan cendera kenangan selepas perbincangan bersama.

Shafie (kanan) dan Narong (kiri) menyampaikan cendera kenangan selepas perbincangan bersama.

“Pada masa ini, kita mempunyai pelaburan di Sandakan dalam beberapa bidang agrikultur seperti perikanan dan perladangan yang mana ia telah beroperasi lebih kurang 20 tahun dan menawarkan ratusan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Selain itu, kita juga mempunyai kerjasama dalam bidang minyak dan gas di Sabah dan Sarawak dan kita berharap kerjasama ini dapat dipertingkatkan dalam bidang automotif, perabot, pelancongan, perhotelan dan sebagainya,” ujarnya.

Shafie (kanan) dan Narong (kiri) menyampaikan cendera kenangan selepas perbincangan bersama.

Shafie (kanan) dan Narong (kiri) menyampaikan cendera kenangan selepas perbincangan bersama.

Dalam pada itu, Narong turut berkata, Thailand akan mengadakan pameran perdagangan dan seminar perniagaan yang bakal disertai 15 hingga 20 buah syarikat yang berminat untuk melabur di Sabah pada 21 Ogos ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya, pada Selasa.

-EM

Tinggalkan komen anda