Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hari Potensi KEMAS Rembau

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)Ā 

REMBAU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Suasana ceria dengan telatah kanak-kanak serta gaya aksi ibu bapa dalam acara sukan membangkitkan keseronokan dan mencuit hati para pengunjung Program Hari Potensi Tadika/Taska KEMAS Parlimen Rembau di Padang Dataran Rembau pagi semalam.

Walaupun hujan pada awal pagi tetapi tidak mematahkan semangat kanak-kanak untuk turut sama dalam aktiviti sukan yang dianjurkan di samping ibu bapa juga berpeluang beramah mesra dengan ibu bapa yang lain.

Pertandingan bola jaring.

Pertandingan bola jaring.

Enam acara sukan telah dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, gerak kreatif, formula 1 + vortex throwing, sprint hurdle relay + squad jump dan rounders serta acara yangĀ  telah dinilai iaitu Anugerah Pintar Botani, Kanak-Kanak Cemerlang. Kanak-kanak Tadika dan Taska yang memenangi acara-acara sukan ini akan mewakili daerah ke peringkat Negeri Sembilan.

ā€œAcara sebegini amat baik kepada kanak-kanak untuk melatih mereka sentiasa mengamalkan aktiviti sihat yang mereka gemari daripada bermain dengan gajetā€, ujar Siti Zaleha Johari, salah seorang ibu yang di temui dalam program ini.

ā€œHadiah dan cenderhati yang dimenangi oleh anak-anak ini akan mendorong minat mereka dalam bersukan, saya sebagai bapa mengucapkan tahniah kepada KEMAS Daerah Rembau yang berjaya menganjurkan program iniā€, kata Kamarudin Atan, 41 yang hadir menyaksikan anaknya dalam sukan yang dipertandingkan.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan, Tuan Haji Mohamad Taufik Abd. Ghani di Dewan Agora Rembau, serta dihadiri oleh kakitangan kerajaan, Pengerusi MPKK dan orang ramai.

Pertandingan futsal.

Pertandingan futsal.

 

-KN

Tinggalkan komen anda