Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Contohi Melaka Bina Rumah Peduli untuk Rakyat – PM

By 11 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu negeri lain mencontohi langkah tepat kerajaan negeri Melaka dalam membina Rumah Peduli pada harga yang rendah untuk rakyat termiskin dan golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri berkata beliau kagum dengan usaha dilaksanakan kerajaan negeri ini yang membantu kumpulan rakyat itu yang mempunyai tanah untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Beliau berkata sistem dibangunkan menerusi projek rumah tersebut adalah sesuatu amat baik dengan tawaran harga hampir RM40,000 selain mendapati rumah yang dibangunkan itu jauh lebih murah daripada projek lain.

“Saya harap sistem ini juga akan diguna pakai di negeri-negeri lain dengan adanya rumah sebegini murah maka dapatlah rakyat termiskin mempunyai rumah sendiri untuk mereka hidup lebih selesa,” katanya ketika berucap melancarkan Rumah Peduli Negeri Melaka, di Lipat Kajang, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Ketua Menteri, Adly Zahari dan barisan exco kerajaan negeri.

Dr Mahathir berkata pendekatan yang diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu bertepatan dengan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu untuk menyediakan satu juta rumah dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, biarpun PH baru berusia setahun jagung memerintah, namun hasilnya sudah banyak tercapai daripada janji-janji yang dibuat lebih 60 peratus telah ditunaikan oleh kerajaan negeri Melaka. — BERNAMA

Tinggalkan komen anda