Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Raya Pakai Baju Bundle

By 11 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Lazimnya kita membeli pakaian baharu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun ada yang mempunyai citarasa berbeza apabila memilih pakaian terpakai atau lebih popular di panggil pakaian bundle untuk digayakan di hari kemenangan bagi umat Islam tersebut.

Pakaian bundle merangkumi pelbagai jenis seperti baju, seluar, kasut, tali pinggang, topi dan termasuk juga aksesori pakaian wanita sertaĀ kanak-kanak.

Menurut seorang pengusaha kedai bundleĀ di Kampung Lubuk Kawah Kemasik, Zamzaimah Zali, 32, dia mengamalkan konsep ‘give & take’ iaitu pakaian bundle di kedainya diberi secara percuma kepada pelanggan dan penduduk di sekitar Pekan Kemasik.

Kedainya sudah mempunyai pelanggan dan pengikut tersendiri yang akan datang dan memilih baju-baju bundle yang disediakannya.

“Idea untuk memberi pakaian bundle ini tercetus apabila saya melihat ramai yang kurang bernasib baik dan tidak berpeluang untuk membeli pakaian baharu dan keperluan untuk meraikan Hari Raya.

“Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuanĀ  yang tinggal jauh di luar bandar untuk mendapatkan baju atau keperluan sempena menyambut Hari Raya ini,” ujarnya.

Zamzaimah, pengusaha Kedai Bundle di Kampung Lubuk Kawah Kemasik mengamalkan konsep 'give & take' iaitu pemberian percuma kepada pelanggan dan penduduk di sekitar Pekan Kemasik.

Zamzaimah, pengusaha kedai Bundle di Kampung Lubuk Kawah Kemasik mengamalkan konsep ‘give & take’ iaitu pemberian percuma kepada pelanggan dan penduduk di kawasan sekitar .

“Saya akan terus mengusaha konsep ‘give & take’ ini kerana ada permintaan daripada mereka yang menggemari pakaian bundle ini,” katanya lagi.

Sementara itu, bagi Rina Shuib, 39, dari Kemasik berkata bagi yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu, ini adalah peluang untuk kita mengamalkan sikap berjimat cermat. Dia dan anak-anaknya tidak kisah memakai pakaian terpakai menjelang Aidilfitri ini.

Menurut peminat bundle Noorliyana Zahar, 40, dia dan anaknya tidak perlu berbelanja besar untuk menyambut hari raya.

“Lagipun pakaian bundle ini sudah dicuci sebelum ini. Saya dan anak-anak memilih kedai bundle Kemaman di Kampung Kubang Kurus untuk baju dan beg tangan wanita,” katanya.

Rata-rata Peminat berasa puas hati memiliki pakaian bundle, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

Meskipun barang itu telah dipakai oleh orang lain tetapi para pembeli mengetahui nilai dalam memiliki barangan tersebut, ada pakaian yang susah untuk didapati kerana edisi terhad atau kerana berkualiti tinggi.

Bag dan aksesori wanita juga ada dijual di kedai bundle

Bag dan aksesori wanita juga ada dijual di kedai bundle

Ketika ini persaingan yang cukup sengit daripada jualan pakaian baharu yang semakin meriah terutama pada musim perayaan sempena Aidilfitri, namun para pengusaha yakin pakaian bundle mempunyai peminatnya yang tersendiri.

-EM

Tinggalkan komen anda