Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Dokumentari Gawai akan Disiarkan Melalui Saluran RTM 1 dan RTM 2

By 1 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam/Rosdin Sabni (Putrajaya)

SERIAN, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat Dayak terkenal dengan keunikan budaya yang merupakan aset bukan sahaja kepada negara malah dalam industri pelancongan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Tambah beliau tahun ini, dokumentari Gawai akan ditayangkan melalui saluran TV1 dan TV2, satu inisiatif kerajaan untuk memartabatkan keunikan budaya dan adat masyarakat Dayak. Katanya semasa program Pemimpin Bersama Rakyat di kampung Triboh  Serian.

Ketibaan Gobind dan Baru Bian di sambut meriah oleh masyarakat suku kaum Iban Remun

Ketibaan Gobind dan Baru Bian di sambut meriah oleh masyarakat suku kaum Iban Remun

Dalam ucapan perasmianya beliau juga berkata, “Gunakan perayaan Gawai Dayak untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan memperkukuhkan jalinan mesra antara masyarakat berbilang kaum di negara kita,”

Tambah beliau, ini kerana keharmonian yang wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak harus dijadikan satu teladan dan iktibar kepada semua dalam usaha membina Malaysia Baharu.

Gobind ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

Gobind ketika menyampaikan ucapan perasmian beliau

Program tersebut turut dihadiri Menteri Kerja Raya, Baru Bian dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen.

“Malam ini, saya berada bersama masyarakat suku kaum Iban Remun di daerah Serian dan esok saya akan berkunjung ke tiga buah kampung suku kaum Bidayuh,” katanya.

Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada Persatuan Serian Iban Remun (SIRA) yang sudi menerimanya serta rombongan untuk semua bersama-sama meraikan perayaan yang bermakna itu.

“Sebentar lagi, kita akan “Ngirup Ai Pengayu” untuk lancarkan perayaan Hari Gawai Dayak tahun 2019. GAYU GURU, GERAI NYAMAI. (Semoga panjang umur dan sentiasa sihat.),” katanya.

Keunikan budaya masyarakat Iban merupkan aset kepada negara

Keunikan budaya masyarakat Iban merupkan aset kepada negara

Gobind turut menyertai penduduk kampung menyaksikan upacara ritual ‘miring’ serta persembahan tarian kebudayaan di samping merasai makanan tradisional Dayak yang sinonim dengan sambutan Gawai.

Program Pemimpin Bersama Rakyat beliau sempena Sambutan Hari Gawai akan diteruskan di tiga kampung hari ini, iaitu Kampung Mujat pukul 10.00 pagi, Kampung Paon Rimo pukul 2.00 petang dan lokasi terakhir di Kampung Benuk, Jalan Puncak Borneo pukul 5.00 petang.

Tinggalkan komen anda