Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurMATerengganu

Kibar Jalur Gemilang Mulai Sekarang

By 17 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

SETIU, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta rasa kecintaan kepada negara, orang ramai diminta mengibarkan Jalur Gemilang mulai sekarang dan tidak hanya pada sambutan bulan kemerdekaan.

Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu, Azahar Ismail berkata pihaknya mengambil inisiatif melancarkan kempen itu lebih awal sebagai menyahut saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo agar kempen menyemarakkan semangat patriosme diadakan lebih awal bagi mewujudkan rasa sayang kepada negara selain mempamerkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat.

Azahar menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Rosnaini Arshad.

Azahar menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Rosnaini Arshad.

Katanya, kempen yang dimulakan oleh JaPen negeri Terengganu itu diharap dapat diikuti oleh orang ramai bagi mewujudkan semangat kecintaan kepada negara.

“Saya mengarahkan semua pejabat penerangan daerah dihiasi dengan Jalur Gemilang selain rumah anggota JaPen Negeri Terengganu turut dikibarkan dengan Jalur Gemilang,” katanya ketika merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019 Jabatan Penerangan Negeri Terengganu di PLKN, Merang, Setiu pada 14 Jun 2019.

Azahar mengibar Jalur Gemilang pada majlis pelancaran kempen kibar jalur gemilang 2019

Azahar mengibar Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019

Pada majlis pelancaran itu, beliau menyampaikan Jalur Gemilang kepada pegawai penerangan daerah di seluruh negeri untuk dipasang di premis masing masing bermula sekarang.

Azahar berkata, Jalur Gemilang bukan sahaja dikibar di pejabat dan rumah kediaman, malah ianya boleh dikibarkan pada kenderaan seperti kereta, lori dan bas.

Warga Jabatan Penerangan Negeri Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019.

Warga Jabatan Penerangan Negeri Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019.

Katanya, menghiasi kenderaan dengan kibaran Jalur Gemilang diharap mampu memberi kesedaran kepada orang ramai agar bersyukur tinggal di dalam bumi bertuah Malaysia.

Beliau berkata, pelbagai program akan diadakan oleh JaPen Negeri Terengganu sempena sambutan bulan kemerdekaan iaitu Kembara Merdeka Jalur Gemilang, Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan, Pertandingan Pidato Kenegaraan dan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan.

Ketua Pembantu Tadbir Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Norfaezah Mohd Nor bersemangat mengibar Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019.

Ketua Pembantu Tadbir Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Norfaezah Mohd Nor bersemangat mengibar Jalur Gemilang pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2019.

Program itu akan membabitkan orang ramai termasuk penjawat awam, penuntut universiti awam dan swasta serta pelajar sekolah.

Azahar mengalu-alukan penyertaan orang ramai pada setiap program sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan oleh JaPen Negeri Terengganu bagi menunjukkan semangat kecintaan kepada negara.

-EM

Tinggalkan komen anda