Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

MAHB Labuan Hargai Kerjasama Agensi Luar

By 19 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Labuan, menghargai kerjasama yang terjalin bersama pelbagai agensi luar.

Menurut Pengurusnya, Amat Madin, pihaknya amat menghargai komitmen dan hubungan saling bergantung dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan yang boleh memberi manfaat kepada semua agensi agar sentiasa melaksanakan tugas dengan amanah.

Amat (empat dari kiri), Rozman (empat dari kanan), Amir (paling kiri) bersama tetamu jemputan lain

Amat (empat dari kiri), Rozman (empat dari kanan), Amir (paling kiri) bersama tetamu jemputan lain

Beliau juga mengajak agensi-agensi di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan terus mengukuhkan kerjasama dengan MAHB.

“Dengan penuh iltizam, besarlah harapan saya agar majlis Ceria Aidilfitri ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, agensi-agensi di WP Labuan akan berterusan sehingga di masa hadapan,” katanya semasa berucap pada majlis itu pagi tadi.

Para pengunjung menjamu selera dengan pelbagai juadah Hari Raya

Para pengunjung menjamu selera dengan pelbagai juadah Hari Raya

Dalam pada itu, seramai 20 orang murid sekolah dari Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam turut menerima sumbangan daripada MAHB Labuan.

Hadir sama Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien, Komander TUDM Pangkalan Udara Labuan, Dato Sardon Hassan dan Pengarah Jabatan Imigresen Labuan, Asani Ladjani.

-EM

Tinggalkan komen anda