Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Majlis Rumah Terbuka, Peluang Penduduk Bertemu Pemimpin

By 19 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/ Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan amalan yang membolehkan rakyat bertemu dengan pemimpin.

Menurut Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob, majlis seumpama itu turut memberi peluang kepada pemimpin untuk mengetahui masalah yang dihadapi penduduk.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri N.18 Petagas di Dewan Sri Putatan, pada Selasa malam.

Yusof (dua dari kiri) hadir mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersalaman dengan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Asaffal P Alian (kanan).

Yusof (dua dari kiri) hadir mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersalaman dengan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Asaffal P Alian (kanan).

“Kita mengalu-alukan program seumpama ini agar masyarakat bukan beragama Islam merasai kemeriahan Syawal selain bersama-sama berpeluang bertemu dengan wakil rakyat.

“Kita juga mengharapkan agar keharmonian hidup dalam berbilang bangsa dan agama ini terus dipelihara kerana ia merupakan kunci kepada perpaduan,” jelas beliau ketika mewakili Ketua Menteri pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai selaku tuan rumah mengambil peluang menerangkan mengenai masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk sekitar dalam ucapan aluannya.

SUASANA...suasana majlis rumah terbuka yang dihadiri lebih kurang 3,000 penduduk sekitar Petagas.

SUASANA…suasana majlis rumah terbuka yang dihadiri lebih kurang 3,000 penduduk sekitar Petagas.

“Pihak saya telah melawat kawasan yang terlibat dan didapati masalah ini berpunca dari pembinaan rumah tanpa saliran air yang baik menyebabkan air bertakung di kawasan-kawasan perumahan apabila hujan lebat.

“Namun begitu, pihak jabatan telah berbincang dengan Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Tanah dan Ukur untuk membina parit untuk mengalirkan takungan air ke sungai Putatan.

“Selain itu, projek membesarkan Sungai Sendil juga sedang dijalankan dan dijangka siap sebelum penghujung tahun ini. Projek ini turut membantu dalam mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku,” ujarnya.

Antara yang hadir memeriahkan lagi majlis rumah terbuka

Antara yang hadir memeriahkan lagi majlis rumah terbuka


 

Antara kampung yang kerap mengalami banjir ialah Kampung Petagas, Sekambu, Kampung Boutung dan kampung-kampung di kawasan Duvanson Tombovo.

Lebih kurang 3,000 tetamu hadir memeriahkan majlis tersebut dan dijamu dengan pelbagai hidangan serta persembahan hiburan dari artis tempatan.

-EM

Tinggalkan komen anda