Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Media Santuni Kanak-kanak Hydrosephalus

By 23 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada kanak kanak menghidap penyakit Hydrosephalus (kepala membesar) di Kampung Pulau Duyung, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Tuan Nur Batrisya Tuan Nasir, 5, menghidap penyakit sejak lahir dan sehingga kini sebanyak sembilan kali pembedahan sudah dilakukan oleh pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini.

Prihatin dengan keadaan Batrisya, Kawat yang diketuai presidennya Wan Abdul Rahman Hayat bersama ahli kelab itu mengadakan ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan wang tunai, susu dan lampin pakai buang kepada bapanya, Tuan Nasir Tuan Dalam.

Tuan Nur Batrisya bersama bapa dan ibunya.

Tuan Nur Batrisya (tengah) bersama bapa dan ibunya.

Wan Abdul Rahman berkata, sumbangan yang tidak seberapa itu adalah sebagai kecaknaan Kawat kepada insan yang memerlukan selain menjadi penggerak kepada pihak lain untuk menghulurkan bantuan.

Nasir yang bekerja sebagai pekerja am dengan sebuah syarikat berhampiran rumahnya dan berpendapatan RM1000.00 sebulan kurang berkemampuan untuk menanggung kos rawatan termasuk lampin pakai buang dan susu yang mencecah sehingga RM700.00 sebulan.

Menurutnya, bantuan turut diterima sebanyak RM350.00 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan digunakan sepenuhnya untuk Batrisya.

“Sebelum ini saya pernah menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM3000.00 setahun dan hanya menerima sebanyak dua kali dan kini tiada lagi,” katanya.

Presiden Kawat, Wan Abdul Rahman Hayat

Presiden Kawat, Wan Abdul Rahman Hayat

Nasir turut memohon kerajaan membantunya dan keluarga untuk mendapatkan tempat tinggal kerana pada masa sekarang hanya menumpang tinggal di rumah arwah nenek isterinya.

Mempunyai seorang lagi cahaya mata dengan pendapatan yang diterima serta masalah kesihatan anaknya, adalah terlalu sukar bagi beliau untuk membeli rumah kerana harga rumah yang tinggi dan diluar kemampuan beliau.

Isteri beliau, Nor Suriati Daktar, 39, yang menjadi suri rumah sepenuh masa, menaruh harapan yang tinggi agar anaknya pulih dan sihat seperti kanak-kanak lain.

Bapa Tuan Nur Batrisya, Tuan Nasir Tuan Dalam

Bapa Tuan Nur Batrisya, Tuan Nasir Tuan Dalam

Katanya, ketika lahir, ukur lilit kepada anaknya ialah 50 sentimeter dan kini membesar sehingga 57 sentimeter.
Beliau berkata, doktor menganggarkan kepala anaknya tidak lagi akan membesar dan berharap Tuan Nur Batrisya akan pulih seperti kanak-kanak yang lain.

Katanya, beliau turut membawa anaknya untuk rawatan homeopathy dan rawatan itu menampakkan sedikit perubahan kerana air yang ada didalam kepala Tuan Nur Batrisya kini agak berkurangan.

-EM

Tinggalkan komen anda