Skip to main content
Berita TempatanLabuanMA

MPP Penting Untuk Tingkatkan Perhidmatan Kepada Rakyat

By 10 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) adalah penting, baik dan berkesan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Pengerusi MPP Zon Wilayah Persekutuan(WP) Labuan Simsudin Sidek, MPP yang diintegrasikan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan membantu penyelarasan dan penyediaan saluran-saluran untuk suara rakyat lebih didengari dengan mudah serta meluas.

“Terutamanya Labuan ini banyak kawasan-kawasan yang selama ini tidak mendapat perkhidmatan atau barisan jawatankuasa yang boleh mewakili kawasan penempatan atau berpenduduk terutamanya di sekitar bandar.

“Kawasan kampung sekarang sudah banyak dibangunkan taman-taman perumahan yang membuatkan tanggungjawab ketua kampung dan jawatankuasanya bertambah berat.

Rozman

Rozman

“MPP juga adalah satu majlis yang membuatkan lebih ramai pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi dapat diserapkan dalam sistem perkhidmatan rakyat di Labuan untuk mereka  menyumbang bakti dengan menjadi sebahagian dari sistem pentadbiran kerajaan yang rasmi sekaligus membantu kepada peningkatan kesejahteraan rakyat,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama semalam.

Tambah mereka, MPP banyak membantu Jabatan Sosio-Ekonomi Perbadanan Labuan yang mempunyai bilangan staff yang agak kecil untuk menyelaras dan menaungi kedua-dua majlis tersebut terutama dalam pembangunan dan penyelarasan infra-infra kecil, keperluan asas dan juga pembangunan sosio-ekonomi setempat.

“Tidak ada isu peningkatan birokrasi memandangkan MPP bukanlah authority (pihak berkuasa) tetapi lebih kepada majlis untuk memudahkan suara rakyat dibawa ke atas dan membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi-agensi kerajaan lain menyampaikan maklumat-maklumat pihak kerajaan kepada rakyat.

“Malah lebih baik kalau jumlah tiga Subzon MPP sekarang ditambah kepada lima Subzon kerana banyak permasalahan tertunggak dapat diselesaikan apabila MPP diberi sedikit empowerment dalam menentukan keutamaan dalam Subzon masing-masing.

“Didapati penduduk-penduduk kawasan bandar, perumahan dan setinggan termasuk yang underserviced sebelum ini sudah merasa lega dengan kewujudan saluran yang memudahkan mereka menyampaikan maklumat termasuk keluhan dan aduan,” jelasnya.

-EM

Tinggalkan komen anda