Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PDRM Terus Komited Pelihara Keselamatan dan Keamanan Negara

By 15 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menyeru agar semua anggota polis mengambil iktibar dan tanggungjawab penuh dalam mengembalikan kegemilangan pasukan polis agar dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Ini bukan sahaja melibatkan kecekapan pasukan dalam menangani jenayah dan menjaga keamanan negara sahaja malah budi pekerti setiap anggota polis dalam menyantuni masyarakat turut diambil kira.

“Besarlah harapan saya agar semua warga PDRM terus komited untuk memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara disamping mengekalkan nilai-nilai positif, memiliki jati diri yang tinggi serta bertugas dengan penuh etika dan integriti”, titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis di Seriab, di sini hari ini.

Keberangkatan baginda bersama-sama Tuanku Raja Perempuan Perlis disambut Tuanku Raja Muda Perlis, dan Raja Puan Muda Perlis.

Tuanku Raja Perlis menyempurnakan gimik perasmian IPK Perlis.

Tuanku Raja Perlis menyempurnakan gimik perasmian IPK Perlis.

Dalam pada itu, baginda turut mengharapkan dengan terbinanya Ibu Pejabat Polis ini akan memudahkan lagi semua pegawai dan anggotanya menjalankan tugas masing-masing.

“Saya percaya banyak fasiliti moden yang disediakan di bangunan ini akan memberikan suasana kerja yang selesa dan kondusif buat warga PDRM Perlis, seterusnya membolehan kontijen ini memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

“Kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara adalah tanggungjawab bersama antara pihak polis dan masyarakat setempat, sehubungan itu penganjuran program-program yang melibatkan komuniti haruslah dipergiat dan dipertingkatkan agar masyarakat sentiasa diberi pendedahan berhubung tren jenayah dan kaedah pencegahan yang dapat diambil pada peringkat awal,” titah baginda lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda