Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPulau Pinang

Pelajar Selami Tugasan Sebagai Anggota Bomba

By 28 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Tugasan sebagai anggota bomba dan penyelamat amat mencabar dan mula mendapat perhatian masyarakat apabila peranan mereka yang bukan sahaja memadam kebakaran malah pelbagai kepakaran lain yang perlu dimiliki oleh seorang pegawai bomba dan penyelamat dalam memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat. Para pelajar kelihatan begitu beruja menyarung uniform bomba yang mana ianya adalah peluang yang tidak semua dapat merasainya.

Program Kembara Minda Kelab Malaysiaku Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah bagi tahun 2019 telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada guru pengiring dan pelajar-pelajar dari SMK Guar Perahu, SMK Penanti, SMK Bukit Mertajam, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMK Seberang Jaya dan SMK Taman Inderawasih, baru-baru ini.

Tuan Hadzi Mohd Yusof, Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Perda menyampaikan taklimat keselamatan kepada peserta kembara minda

Tuan Hadzi Mohd Yusof, Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Perda menyampaikan taklimat keselamatan kepada peserta kembara minda

Program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah berjaya menghimpunkan pelajar dari enam buah sekolah yang mempunyai Kelab Malaysiaku di seluruh Daerah Seberang Perai Tengah agar mereka merasai sendiri pengalaman menjadi anggota bomba dan penyelamat.

Ini selari dengan saranan Kerajaan dalam melahirkan kesejahteraan rakyat yang kondusif dan bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat, adalah menjadi fokus utama berkhidmat demi faedah masyarakat.

Mohamad Hashraf 16, pelajar Sekolah Menengah Guar Perahu menyatakan perasaan terujanya kerana dapat mengikuti Program seperti ini. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai bomba selepas beliau tamat pengajian nanti.

Walaupun kerjaya ini dikatakan sangat berisiko tinggi namun minat yang mendalam tidak mematahkan hasratnya malah beliau berharap dapat menyumbangkan baktinya kepada masyarakat, bangsa dan Negara. Beliau turut berterima kepada pihak bomba kerana memberi peluang dan kebenaran kepadanya untuk merasai sendiri memakai pakaian seragam anggota bomba katanya.

Peserta diberi peluang memakai uniform bomba dan merasa sendiri tugasan sebagai anggota bomba

Peserta diberi peluang memakai uniform bomba dan merasa sendiri tugasan sebagai anggota bomba

Tuan Hadzi Mohd Yusof, Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Perda memberikan taklimat secara terperinci tanggungjawab anggota bomba demi memastikan kesejahteraan orang awam walaupun risiko serta ancaman nyawa yang terpaksa dihadapi oleh anggota yang bertugas.

Beliau juga turut menyarankan agar guru-guru pengiring dan pelajar-pelajar mempelajari teknik menggunakan alat pemadam api agar dapat mengambil tindakan awal bagi mengawal dan memadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran di rumah. Beliau turut berkongsi pelbagai tips untuk menyelamatkan diri seandainya berada dalam situasi yang mencemaskan.

Para pelajar merakamkan gambar kenangan bersama anggota bomba

Para pelajar merakamkan gambar kenangan bersama anggota bomba Bandar Perda

Selain itu, demostrasi memadam kebakaran oleh anggota bersama jentera yang digunakan oleh pihak bomba turut diadakan dan peserta kembara turut diberikan kebenaran untuk merasai pengalaman menaiki jentera bomba dan penyelamat. Turut diadakan pameran jentera yang digunakan dalam operasi seperti ambulance, motosikal, boat dan sebagainya.

Tinggalkan komen anda