Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

32 Pasukan PUBG Berentap Sempena FitMalaysia Sabah 3 – 4 Ogos Ini

By 27 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan /foto: Asmidar Zainol / Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

TAWAU, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 32 pasukan aktiviti e-sukan, Player Unknown’s Battle Grounds (PUBG) akan berentap sempena Program FitMalaysia Peringkat Negeri Sabah pada 3 dan 4 Ogos ini.

Menurut Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Datuk Amrullah Kamal, aktiviti tersebut menjadi tarikan utama program kecergasan yang dianjurkan di lima zon iaitu Selangor (zon tengah) pada 24 Mac, Terengganu (zon pantai timur) pada 22 Jun, Pulau Pinang (zon utara) pada 21 Julai, Sabah (zon Timur Malaysia) dan selepas itu di Johor (zon selatan).

Arunarsin memberi penerangan berkenaan program FitMalaysia Peringkat Negeri Sabah

Arunarsin memberi penerangan berkenaan program FitMalaysia Peringkat Negeri Sabah

“Kita menerima permintaan daripada peminat-peminat PUBG dan akan berbincang dengan jawatan kuasa induk untuk membuka lebih banyak penyertaan.

“Sekiranya masa yang menjadi halangan, kita boleh buka tambahan pasukan dengan menyediakan tempat duduk supaya 100 pasukan boleh menyertai pertandingan PUBG.

“Ini kerana mereka menggunakan telefon pintar masing-masing dan kita cuma perlukan sebuah skrin besar untuk memudahkan mereka memantau pergerakan permainan tersebut,” ujarnya semasa sidang media program berkenaan di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Arunarsin Taib memaklumkan seramai 7,098 peserta telah mendaftar untuk menyertai aktiviti FitMalaysia secara atas talian.

Tetamu kehormat pada sidang media tersebut menunjukan poster program FitMalaysia.

Tetamu kehormat pada sidang media tersebut menunjukan poster program FitMalaysia.

“Kita mensasarkan 10 ribu orang peserta tetapi kita menjangkakan 17 ribu hingga 20 ribu orang akan hadir menyertai dan memeriahkan program selama dua hari ini.

“Saya yakin masyarakat di Tawau sangat sporting dan akan beramai-ramai menyertai FitMalaysia terutamanya dalam aktiviti FunWalk 3KM yang boleh disertai oleh mereka dari pelbagai lapisan umur.

“Ia boleh dijadikan aktiviti keluarga dan seperti yang disasarkan oleh kerajaan untuk mencapai 40 peratus rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat pada 2020,” jelasnya.

Promosi penyertaan aktiviti FitMalaysia dijalankan di kawasan-kawasan sekitar bandar Tawau.

Promosi penyertaan aktiviti FitMalaysia dijalankan di kawasan-kawasan sekitar bandar Tawau.

Program dua hari tersebut juga menyediakan aktiviti FunRide 10km dan 20km, senamrobik, pertandingan bola jaring dan sepak raga bulatan, tarik tali, persembahan seni mempertahankan diri, aktiviti mewarna, pameran serta e-sukan Fifa PS4 dan TekkenPS4.

Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan program boleh didapati di media sosial FitMalaysia.kbs atau menghubungi urusetia di talian 089-776680.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Noor Azman Taib; Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Azhari Mohamad dan Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Mazlan Anis.

ER

Tinggalkan komen anda