Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Organisasi Amal Bantu Hidup Pesakit Lebih Bermakna

By 27 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/ Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Usaha organisasi amal di negeri ini mampu membantu pesakit menjalani hidup dengan lebih bermakna.

Norazlinah ketika menyampaikan ucapan.

Norazlinah ketika menyampaikan ucapan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha secara kolaboratif dapat mewujudkan perubahan positif kepada pesakit dan keluarga.

“Pusat atau persatuan amal dapat memberikan pesakit kehidupan bermakna ketika mereka berusaha menghabiskan waktu yang paling berharga secara berkualiti dan selesa. 

Norazlinah (dua dari kanan), Rokiah (tiga dari kanan) dan Dr. Molly (tiga dari kiri) menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

Norazlinah (dua dari kanan), Rokiah (tiga dari kanan) dan Dr. Molly (tiga dari kiri) menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

“Memberi untuk sesuatu perkara yang baik akan membantu membina kehidupan masyarakat dengan lebih harmoni dan gembira.

“Kini, organisasi-organisasi amal banyak membantu dalam memupuk kesejahteraan serta menolong mereka yang kurang bernasib baik,” katanya. 

Norazlinah (enam dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas melancarkan buku "The Legend" bersama ahli PCAKK.

Norazlinah (enam dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas melancarkan buku “The Legend” bersama ahli PCAKK.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif pada Majlis Makan Malam Amal Paliatif Kota Kinabalu (PCAKK) ke-19 di salah sebuah hotel terkemuka, pada Jumaat. 

Majlis tersebut diadakan bagi mengumpul dana agar kelancaran perkhidmatan persatuan kepada masyarakat yang mana sebanyak RM600,000 diperlukan untuk kegunaan penyelenggaraan perbelanjaan keseluruhan setiap tahun. 

Ahli PCAKK merakamkan gambar kenangan bersama pesakit yang ditempatkan dibawah penjagaan paliatif.

Ahli PCAKK merakamkan gambar kenangan bersama pesakit yang ditempatkan dibawah penjagaan paliatif.

Untuk rekod, perkhidmatan penjagaan paliatif telah beroperasi di Kota Kinabalu sejak tahun 2000 yang mana dianggotai oleh sukarelawan.

Seramai 1,000 orang hadir menjamu pelbagai jenis hidangan sambil dihiburkan oleh artis Australia iaitu Gary Anderson yang dikenali sebagai “young Elvis” kerana memiliki mirip wajah dan suara penyanyi lagenda Elvis Presley di awal 60an. 

Dr. Molly (dua dari kanan) menandatangani buku "The Legend" sambil diperhatikan oleh Norazlinah (tiga dari kiri).

Dr. Molly (dua dari kanan) menandatangani buku “The Legend” sambil diperhatikan oleh Norazlinah (tiga dari kiri).

Turut hadir, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman; Presiden Penjagaan Persatuan Paliatif (PCA), Rokiah Ya’acob; Pengerusi Penganjur, Datuk Margaret Lim dan Ketua Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr. Heric Corray.

ER

Tinggalkan komen anda