Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

ERC Bakal Pinda Undang-Undang, Sistem Pilihan Raya

By 23 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:Jeanne J Som/Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) bakal meminda undang-undang dan sistem berkaitan pelaksanaan pilihan raya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pindaan tersebut merupakan kehendak dan hasrat politik kerajaan Malaysia Baharu dalam memastikan pilihan raya berjalan secara bebas, adil dan sempurna.

Tun Juhar (kiri) bersalaman dengan Abdul Rashid.

Tun Juhar (kiri) bersalaman dengan Abdul Rashid.

“Oleh itu, ERC akan bertemu rakyat Sabah bagi meminta dan mendengar pelbagai pendapat, permohonan daripada rakyat untuk menentukan pilihan raya kita bebas, adil dan sempurna.

“Aspek yang akan dipinda termasuklah proses pilihan raya itu sendiri misalnya, bermula daripada penamaan calon.

“Ini kerana kita tidak mahu lagi parti-parti politik menghabiskan wang ringgit untuk membuat poster, sepanduk dan sebagainya,” ujarnya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Selasa.

Abdul Rashid (kiri) membincangkan sesuatu dengan Tun Juhar (kanan).

Abdul Rashid (kiri) membincangkan sesuatu dengan Tun Juhar (kanan).

Menurut Abdul Rashid, kunjungan itu bertujuan memaklumkan Tun Juhar mengenai usaha penambahbaikan dalam undang-undang dan sistem pilihanraya yang akan diguna pakai menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyokong penuh usaha kerajaan yang menurunkan umur mengundi daripada 21 ke 18 tahun.

“Ini merupakan satu perubahan yang bagus, kerajaan kita mematangkan umur 18 tahun dari awal dan menjadikan masyarakat bertanggungjawab.

Abdul Rashid menyampaikan cendera kenangan kepada Tun Juhar (kanan).

Abdul Rashid menyampaikan cendera kenangan kepada Tun Juhar (kanan).

“Tanggungjawab pengundi dan pendidikan mengenai demokrasi dan pilihanraya akan dijalankan secara intensif di negara ini supaya sesuai dengan kehendak kerajaan,” tambahnya.

Pada kunjungan tersebut, beliau diiringi rombongan diketuai Pengerusi Eksekutif ERC, Tan Sri Datuk Sri Panglima Amerul Muner Mohammad.

ER

Tinggalkan komen anda