Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

1,000 Bikers Meriahkan Festival Motor 2019 WMGS Oktober Ini

By 23 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Norliza Yusof /Hamizah Yusoff /Shahvian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Seribu penunggang motosikal berkuasa tinggi bakal memeriahkan Festival Motor 2019 Wings Motor Gang Society (WMGS) pada 18 hingga 20 Oktober ini.

Presidennya, Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie menjelaskan, mereka (penunggang motosikal) merupakan ahli bikers WMGS dari seluruh Malaysia dan ahli dari luar negara seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

“Pelbagai pengisian akan dibuat bagi memeriahkan festival ini antaranya pertandingan nyanyian, pameran motosikal dan persembahan kebudayaan.

“Pada festival ini nanti, WMGS akan melaksanakan khidmat masyarakat seperti membuat dana kutipan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim serta pada golongan yang memerlukan.

Azhar (duduk, kiri), Andi (duduk, kanan) dan rombongan merakam gambar kenangan bersama Tun Juhar (duduk tengah).

Azhar (duduk, kiri), Andi (duduk, kanan) dan rombongan merakam gambar kenangan bersama Tun Juhar (duduk tengah).

“Diharap penganjuran kali pertama oleh WMGS ini akan mendapat sambutan daripada orang ramai, sekaligus menjadi perangsang kepada WMGS untuk terus membuat program yang dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Pada kunjungan tersebut, Awie yang turut ditemani Ketua WMGS Sabah, Andi Arsid mendedahkan setakat ini, laluannya masih belum ditentukan.

Bagaimanapun, beliau sangat berbesar hati apabila Tun Juhar bersetuju untuk menjadi Penaung kepada WMGS Sabah yang baharu sahaja mendaftarkan 14 ahli.

“Saya sangat berbesar hati dan menjunjung kasih terhadap Tuan Yang Terutama Tun Juhar atas kesudian menjadi penaung persatuan ini.

“Pada saya, ini merupakan permulaan yang sangat baik dan saya berharap ia akan menjadi pemangkin semangat kepada WMGS untuk terus melakukan program-program bermanfaat yang pada masa akan datang,” ujar beliau.

ER

Tinggalkan komen anda