Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ikan Kelah Biru Tarikan Istimewa KMJ 2019 Di Mersing

By 22 Julai 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hanif Ahmad, Mohd Zahairi Ahmad Zabidi/Mohd Najib Mohaini (Mersing)

MERSING, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 berakhir di daerah Mersing menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli melawat ke pusat pembenihan dan pemeliharaan ikan kelah, Far East Planet di Kampung Air Merah, di sini.

Sultan Ibrahim ditemani Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar meluangkan masa hampir setengah jam di pusat pembenihan berkenaan.

Pada lawatan itu, Sultan Ibrahim turut berkenan merasmikan pusat tersebut dan memberi makan ikan yang digelar ‘Raja Sungai’.

Sultan Johor menandatangani plak perasmian pusat pembenihan dan pemeliharaan ikan kelah, Far East Planet  di Kampung Air Merah, Mersing.

Sultan Johor menandatangani plak perasmian pusat pembenihan dan pemeliharaan ikan kelah, Far East Planet di Kampung Air Merah, Mersing.

Pemiliknya, Mohd. Hanafi Awang berasa amat gembira dan bertuah di atas kunjungan Baginda Sultan Johor dan rombongan ke pusat pembenihan dan pemeliharaan ikan kelah miliknya sempena KMJ 2019.

Bermula pada 2012, Far East Planet memiliki kira-kira 100 ekor ikan kelah dan kini pusat pembenihan dan pemeliharaan ikan kelah ini memiliki hampir 2,500 ekor induk spesies kelah merah dan 500 kelah biru.

“Jumlah ikan kelah semakin bertambah selepas beberapa tahun dan saya bersama anak, Ahmad Faris, 25,  mula belajar membuat pembenihan sendiri sambil dibantu oleh Jabatan Perikanan Negeri Johor.

Sultan Johor memberi makan ikan kelah di pusat pembenihan dan pemeliharaan ikan kelah, Far East Planet.

Sultan Johor memberi makan ikan kelah di pusat pembenihan dan pemeliharaan ikan kelah, Far East Planet.

“Kebanyakkan pembeli ikan kelah terdiri daripada peminat ikan akuarium tempatan dan buat masa ini pihak kami masih belum dapat memenuhi permintaan berikutan bekalan yang tidak mencukupi,” katanya.

Ahmad Faris berkata, harga seekor ikan kelah atau nama saintifiknya Tor Tambroides yang menjadi antara hidangan eksotik di negara ini boleh mencecah ribuan ringgit seekor.

“Permintaan tinggi terhadap ikan kelah, ditambah populasinya yang semakin menurun menyebabkan harganya terus meningkat di pasaran,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Mersing Harbour Centre bagi menyampaikan sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor kepada para penerima serta berangkat melawat ke tapak pameran produk-produk makanan tempatan, seni kraftangan dan IKS tempatan.

Sultan Johor mengurniakan enjin bot kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Mersing di Mersing Harbour Centre.

Sultan Johor mengurniakan enjin bot kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Mersing di Mersing Harbour Centre.

Sultan Ibrahim yang kemudiannya menyertai Raja Zarith Sofiah di Mersing Harbour Centre, turut berkenan mengurniakan enjin bot kepada Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Mersing.

Dalam pada itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Datuk Dennis Muhammad berangkat melawat ke khemah pameran mukim-mukim sebelum menyertai rakyat jelata dalam acara sukan rakyat dan boling padang.

Baginda Sultan Johor yang tiba sekitar jam 3.15 petang di Dataran Teko, Mersing diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah dan Tunku Temenggong Johor.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abdul Rahman.

Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd. Rahman mempersembahkan cenderahati KMJ 2019 Daerah Mersing kepada Sultan Johor.

Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abd. Rahman mempersembahkan cenderahati KMJ 2019 Daerah Mersing kepada Sultan Johor.

Selepas meluangkan masa hampir 90 minit bersama rakyat jelata, baginda dan permaisuri berangkat meninggalkan majlis dan bermalam di Istana Flinstones, di sini.

-NI_

Tinggalkan komen anda