Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelan Induk Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui Maksimumkan Pengeluaran Tenaga

By 22 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Pelan Induk Tenaga Hijau dan Tenaga Boleh Diperbaharui bertujuan menjadi garis panduan asas kepada kerajaan negeri dan pelabur untuk memajukan lagi aktiviti pembangunan tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, kerajaan negeri berhasrat menjadikan pembangunan Negeri Kedah seiring dengan hasrat kerajaan persekutuan bagi memastikan alam sekitar terpelihara, selain dapat memaksimumkan pengeluaran tenaga yang terhasil daripada tenaga semulajadi seperti solar, biomass dan biogas.

“Terdapat empat teras utama dalam pelan ini iaitu Pembangunan Tenaga Solar, Tenaga Biomass, Tenaga Biogas dan Tenaga Hidroelektrik. Dengan kedudukan Malaysia yang dekat dengan garisan Khatulistiwa, membolehkan negara ini mengumpul 3 per kilowatt jam (kWh) elektrik, manakala tenaga biomass dan biogas dapat dihasilkan menerusi sisa buangan yang terhasil melalui sisa hasil pertanian.

“Melalui pelan induk ini, kerajaan negeri dapat mengenalpasti aktiviti penghasilan teknologi boleh diperbaharui yang bersesuaian untuk negeri ini, katanya ketika merasmikan pelancaran pelan induk tersebut, di sini semalam.

Menurut Mukhriz lagi, pelan ini dapat menyasarkan pengeluaran 2000 megawatt tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2030. Selain itu, Kedah dijangka dapat menikmati pelaburan bernilai RM6 billion dari industri sepanjang tempoh 10 tahun akan datang, di mana industri ini mampu mewujudkan kira-kira 30,000 peluang pekerjaan berkepakaran dan berpendapatan tinggi serta dapat membuka peluang perniagaan dan industri hiliran baharu.

Dalam pada itu, Mukhriz turut melancarkan Projek Tenaga Solar Sik di mana pembangunan ladang solar berkapasiti 30 Megawatt (MW AC) seluas 40.469 hektar di Sik ini telah bermula sejak April dan dijangka siap dan mula beroperasi penghujung tahun hadapan.

“Tenaga solar ini dibangunkan menerusi ladang solar yang dibina di kawasan tanah lapang dan dihasilkan menerusi panel-panel solar yang dipasang di bangunan-bangunan tinggi, dan kerajaan juga bercadang untuk menggunakan bumbung bangunan kerajaan bagi menjaga tenaga boleh upaya,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda