Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

SM Sains Sultan Mahmud Juara Sketsa

By 4 Julai 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 4 Julai (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma), Kuala Nerus juara pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Pertandingan di Pusat Sains dan Kreativiti Negeri Terengganu, Kampung Laut, Kuala Terengganu 2 Julai lalu disertai oleh lima pelajar dari kumpulan Sesmarianz Production.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail (bersongkok) bersama kumpulan Sesmarianz Production yang menjuari pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Azahar Ismail (bersongkok) bersama kumpulan Sesmarianz Production yang menjuari pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Kumpulan Sesmarianz Production dianggotai oleh Muhammad Aikal Daniel Mohd Aziziul, Eunoss Anaqi Hawan, Muhammad Akif Alias, Nur Aliyah Insyirah Abdul Latiff dan Iris Mahirah Fadhli yang melakonkan sketsa berjudul Negeri Cantik Budaya Menarik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2000, sijil dan plak.

Naib juara disandang oleh kumpulan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman dan menerima hadiah wang tunai RM1,500, sijil dan plak manakala tempat ketiga disandang oleh kumpulan dari SMK Tengku Ibrahim, Setiu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sijil dan plak.

Kumpulan Sesmarianz  Production dari kanan Muhammad Akif Alias, Nur Aliyah Insyirah Abdul Latiff, Iris Mahirah Fadhli , Muhammad Aikal Daniel Mohd Aziziul dan Eunoss Anaqi Hawan menjuarai pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Lima kumpulan lain iaitu SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu, SMK Sultan Omar, Dungun, SMK Kuala Besut, Besut, Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang dan SMK Panji Alam, Kuala Terengganu menerima hadiah saguhati berupa plak dan sijil.

Lapan kumpulan terdiri dari ahli Kelab Malaysiaku menyertai pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu yang diadakan setiap tahun sejak 2013.

Kumpulan Tesmal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam mempersembahkan sketsa berjudul Sejarah Tercipta pada pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Kumpulan Tesmal dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam mempersembahkan sketsa berjudul Sejarah Tercipta pada pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Juara pertandingan akan mewakili negeri Terengganu ke pertandingan akhir yang diadakan di Ipoh, Perak pada 26 hingga 28 Julai ini.

Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dan terbuka kepada sekolah menengah yang terdapat Kelab Malaysiaku dan sketsa yang dilakonkan perlu berdasarkan lima prinsip Rukun Negara.

Persembahan sektsa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu pada pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Persembahan sektsa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim, Setiu pada pertandingan Sketsa Rukun Negara 2019 peringkat negeri Terengganu.

Penganjuran pertandingan itu bertujuan memberi pemahaman konsep Rukun Negara bagi memupuk semangat jati diri dan cintakan negara selain dapat menghayati lima prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Encik Azahar Ismail menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Timbalan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Mohd Tahar Sali mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.

Guru penyelaras Sesmarianz Production, Azlina Zin

Guru penyelaras Sesmarianz Production, Azlina Zin

Sementara itu, guru penyelaras Sesmarianz Production, Azlina Zin, 37, berkata beliau dibantu dua guru lain mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan skrip dan seminggu lagi untuk sesi latihan.

Katanya, tajuk yang dipilih iaitu Negeri Cantik Budaya Menarik bersesuaian dengan negeri Terengganu yang cantik dan kini menjadi tumpuan pelancong.

“Persembahan sketsa yang berkisarkan sikap masyarakat yang kurang mengambil berat mengenai pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar memberi ilham kepada beliau untuk menghasilkan skrip dan Allamdullilah menjadi juara,” katanya.

Salah seorang ahli kumpulan Sesmarianz Production, Muhammad Aikal Daniel

Salah seorang ahli kumpulan Sesmarianz Production, Muhammad Aikal Daniel

Azlina berkata, kini beliau terpaksa memberi tumpuan bagi persediaan untuk pertandingan pada peringkat kebangsaan yang akan diadakan lebih kurang tiga minggu lagi walaupun sibuk dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Seorang ahli kumpulan Sesmarianz Production, Muhammad Aikal Daniel, 16, berkata beliau dan rakan kumpulannya akan membuat latihan dengan lebih kerap bagi memastikan kumpulannya berjaya menjadi juara pada peringkat akhir pertandingan kelak.

-EM

Tinggalkan komen anda