Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kembara Digital Malaysia: Menuju Masyarakat Digital

By 27 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Asmah Mat Ali (Ipoh)

IPOH, 27 Jul ( Malaysiaaktif) – Pelancaran Program Kembara Digital Malaysia (KDM), membuktikan kesungguhan hasrat kerajaan dalam mastikan semua lapisan masyarakat menjadi sebahagian daripada masyarakat digital.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, menyatakan usaha yang berterusan perlu dilaksanakan sekiranya mahu melaksanakan sepenuhnya kerajaan digital bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada segenap lapisan masyarakat.

“Bagi memastikan pelaksaan kerajaan digital menjadi lebih efektif kepada masyarakat, sehingga kini sebanyak 1,971 perkhidmatan kerajaan boleh didapati dalam talian dan diguna oleh orang ramai seperti MyEG, e-Khidmat, e-filling dan sebagainya,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini hari ini.

Bagi memastikan kerajaan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat yang kini menuju era digital, transformasi perkhidmatan sektor awam juga adalah perlu.

“Bagi sektor awam, dengan mengguna pakai teknologi seperti pengkomputerawanan, Internet of Thing (IoT) analysis data raya, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain akan memberikan potensi besar kepada nilai perkhidmatan awam pada semua peringkat dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat” ujarnya lagi.

Pada majlis sama, Hasnul turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang memilih negeri Perak menjadi destinasi pertama pelancaran Program Kembara Digital Malaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda