Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Gobind Lancar Pelan Internet Baharu

By 27 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Unit Foto JaPen (Putrajaya)

IPOH, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, hari ini melancarkan Penyerahan Pelan Internet Bagi Pelanggan Streamyx dan Unifi Telekom Malaysia Berhad (TM) buat pengguna di seluruh negara.

Menurut Gobind, kerajaan komited dalam pelaksanaan pelan ini dengan menggunakan dana sedia ada bagi menyediakan akses jalur lebar yang lebih baik.

“Sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), kerajaan akan memastikan kawasan luar bandar dan pinggir bandar mendapat akses yang diperlukan.

“Setakat ini TM telah menaik taraf seramai 973 ribu pelanggan unifi, manakala baki 934 ribu pelanggan Streamyx sedia dibantu bagi meluaskan liputan dan kualiti internet di negara ini,” katanya semasa sesi sidang media selepas pelancaran program Kembara Digital Malaysia, di sini siang tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Roselindawati Abdul Rahman (kiri) menerangkan tugas dan fungsi jabatan kepada Gobind (dua dari kiri) ketika lawatannya ke tapak pameran Jabatan Penerangan, di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Roselindawati Abdul Rahman (kiri) menerangkan tugas dan fungsi jabatan kepada Gobind (dua dari kiri) ketika lawatannya ke tapak pameran Jabatan Penerangan, di sini.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan TM Rosli Man mengulangi komitmen TM dalam menangani kekangan jalur lebar rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi bersesuaian.

“Teknologi fiber, tanpa wayar dan GigaWire yang bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini dijangka memberi manfaat kepada 70 peratus pelanggan perkhidmatan unifi menjelang akhir 2020.

“Pakej baharu ini berkepantasan sehingga 8Mbps pada harga RM89 sebulan dikenakan kepada pelanggan baharu manakala RM69 untuk pelanggan sedia ada yang sudah melanggan sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun enam bulan,” katanya.

TM turut melancarkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar sebagai alternatif bagi menyelesaikan isu- isu yang dihadapi pelanggan Streamyx hari ini.

-SH

Tinggalkan komen anda