Skip to main content
Berita UtaraMAPulau Pinang

Program Jalinan Mesra Hari Ibubapa Disambut Baik Masyarakat

By 18 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: U.Prakash (Daerah Timur Laut)

 

GEORGETOWN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang masyarakat dari pelbagai kaum telah menyertai program Sambutan Hari Ibu Bapa anjuran KRT Medan Angsana dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang di Desa Baiduri Farlim baru-baru ini.

Program kemasyarakatan ini dirasmikan oleh Pegawai Khas YB Ram Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Encik Joseph Tan dan turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg. Melayu, Encik Mohamad Ismail bin Ibrahim bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Pengerusi KRT Medan Angsana, Encik M.Mahendran berkata, antara objektif program pada hari ini ialah untuk mengeratkan silaturahim dengan penduduk setempat khususnya golongan ibubapa dan kanak-kanak.

Tetamu Khas Encik Joseph Tan, Pembantu Khas YB Ram Karpal, Ahli Parlimen Bukit Gelugor menerima cenderahati daripada Pengerusi KRT Medan Angsana, En.M.Mahendran

Tetamu Khas Encik Joseph Tan, Pembantu Khas YB Ram Karpal, Ahli Parlimen Bukit Gelugor menerima cenderahati daripada Pengerusi KRT Medan Angsana, En.M.Mahendran

“Apa yang saya nampak, masyarakat kita masih mengamalkan nilai-nilai kerjasama, di samping prihatin dengan keadaan sekeliling. Program ini kelihatan amat berjaya dan bererti, terutamanya apabila ia diadakan di kawasan perumahan penduduk. Dengan kerjasama yang ada, saya pasti hasrat untuk melahirkan masyarakat yang rukun dan kehidupan yang harmoni dapat dicapai”, katanya.

Penolong Pegawai Perpaduan, Puan Zuraida binti Mohammad yang turut hadir berkata program ini bertujuan untuk memupuk sifat penyayang dalam diri kanak-kanak terutamanya terhadap ibubapa malah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan kasih sayang terhadap ibubapa mereka selain dapat mendidik anak-anak tentang cara-cara menghargai jasa ibubapa.

Pn.Zuraida menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan fesyen pakaian tradisional

Pn.Zuraida menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan fesyen pakaian tradisional

Dalam program berkenaan, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan tarian, pertandingan mehendi dan pertandingan fesyen pakaian tradisional.

-II-

Tinggalkan komen anda