Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kg. Betong Durians Fun Ride Tarikan Baharu Agro Pelancongan Sik

By 21 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Mohd Zulkifli Harun (Sik)

SIK, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Kg. Betong Durians Fun Ride dilihat mampu menjadi tarikan baharu bagi sektor agro pelancongan di daerah ini.

Acara yang julung kalinya diadakan ini berjaya menarik minat hampir 200 orang peserta daripada 20 kelab berbasikal seluruh Kedah serta Kuala Lumpur.

Menurut urusetia program Mohd Zulkifli Harun, kayuhan sejauh 20 kilometer itu melalui laluan berbukit serta denai bermula daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Betong, Padang Pulut dan Sungai Senam serta berakhir di Dusun Kuala Kerik.

“Lebih menyeronokkan apabila peserta diberi peluang untuk makan durian serta buahan-buahan tempatan seperti rambutan dan manggis beramai-ramai berhampiran Sungai Viral Kuala Kerik.

“Sungai ini juga merupakan produk pelancongan baharu yang terdapat di Sik,” jelasnya yang ditemui sempena program di Kuala Kerik, di sini semalam.

Selesai berkayuh, peserta boleh menikmati kelazatan buah-buahan yang disediakan oleh urusetia.

Selesai berkayuh, peserta boleh menikmati kelazatan buah-buahan yang disediakan oleh urusetia.

Menurut Zulkifli lagi, walaupun program ini dirancang dalam masa yang singkat namun begitu sambutan yang diterima daripada peminat sukan berbasikal adalah di luar jangkaan serta melebihi sasaran awal.

“Usaha ini juga adalah bagi membangunkan sektor agro pelancongan yang berpotensi besar memberi pulangan besar kepada ekonomi penduduk setempat.

“Selain daripada itu, ia turut bertujuan bagi mempromosikan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah,” katanya lagi.

Program anjuran Kg. Betong Cycling Club ini juga bakal dijadikan acara tahunan ekoran sambutan baik yang diterima serta mendapat respon positif daripada pelbagai pihak.

-SH

Tinggalkan komen anda