Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tiga Beranak Maut Rentung

By 21 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

 

KUANTAN, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Tiga beranak maut rentung dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan.

Tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Sharifah Azlina Syed Kassim, 37 tahun, Muhammad Haikal Hakimi Hairol, 11 tahun dan Muhammad Adam Daniel, 7 tahun berada di bilik belakang secara berasingan.WhatsApp Image 2019-07-21 at 16.04.11

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul, ketika nahas terdapat lapan mangsa di dalam rumah tersebut, namun lima daripadanya berjaya menyelamatkan diri sementara tiga didapati terperangkap.

“Lima mangsa ketika itu berada di bilik hadapan dan mereka dapat keluar, tetapi ibu dan dua kanak-kanak lelaki yang berada di bilik belakang, mungkin terperangkap di situ,” ujar Sani.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah rumah sebelum merebak ke kawasan lain.

Kejadian malang itu melibatkan empat buah rumah berlaku kira-kira jam 7.45 pagi tadi dan kerugian dianggarkan RM 315,000.

Menurutnya Sani, “Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 7.57 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.”

Setibanya bomba di tempat kejadian, pihaknya mendapati empat rumah turut terbakar dengan dua daripadanya hangus 80 peratus.

Seramai 17 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota bergegas ke lokasi bagi mengawal dan memadam kebakaran yang mengambil masa kira-kira 30 minit.WhatsApp Image 2019-07-21 at 16.04.12

Difahamkan, empat daripada lima mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, manakala mangsa yang cedera akibat disambar api ketika cuba menyelamatkan ahli keluarga yang lain diambil keterangan lanjut bagi membantu siasatan.

Manakala, ketiga-tiga mangsa yang maut dihantar ke hospital yang sama bagi proses bedah siasat.

Pelbagai agensi kerajaan segera turun padang membantu mangsa kebakaran mendapatkan bantuan bencana kebakaran. Antaranya Majlis Ugama Adat Resam Melayu Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang yang memberi bantuan awal dan sesi kaunseling kepada mangsa nahas.

-KN

Tinggalkan komen anda