
Laporan/foto: Edi Rizam/Syarul Azis & Hazlina Tadjudin (Putrajaya)
PUTRAJAYA, 9 Julai (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Datuk Ahmad hari ini mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di sini.
Kehadiran Beliau disambut oleh pengurusan tertinggi jabatan seterusnya beliau diberikan taklimat oleh Ketua Pengarah Penerangan Roselindawati Abdul Rahman, selain melawat perpustakaan foto jabatan berkenaan.

Suriani (tengah) menurunkan tandatangan pada buku lawatan Jabatan disaksikan oleh Ketua Pengarah Penerangan, Roselindawati Abdul Rahman (kiri) serta Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Kandungan Digital) Datuk Sukari Ab Hamid (kanan)
Dalam ucapannya, beliau menyeru warga JaPen untuk lebih peka kepada perkembangan semasa dan bekerja di dalam satu pasukan untuk pembangunan negara.
“Sebagai ketua saya akan mempertahankan anggota saya dengan syarat semua maklumat dan tindakan yang diambil adalah sahih dan tepat” tambah beliau.
Suriani 50, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia bermula pada 1 Julai lepas dan sebelum ini beliau merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada November 2017.