Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PPP Cantum Ladang Jadi Estet

By 9 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)

ROMPIN,  9 Julai (Malaysiaaktif) – Sejarah penubuhan 63 tahun FELDA diraikan dengan pelancaran Program Pembangunan Peneroka (PPP) berteraskan pertanian pintar dan aktiviti hiliran inovatif oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di hadapan ribuan peneroka.

Berita baik tersebut diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pencantuman ladang-ladang peneroka Felda menjadi estet besar dengan proses tanaman selingan diharap memberi pendapatan daripada hasil baharu.WhatsApp Image 2019-07-08 at 13.32.17

“Selain daripada pencantunam ladang menjadi estet yang besar, cadangan untuk menanam pokok boleh beri pulangan kepada peneroka mempunyai ladang besar yang sebahagiannya ditanam dengan pokok sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada permintaan tinggi,” ujar Tun Dr. Mahathir.

Inisiatif terbaharu kerajaan tersebut dilihat sebagai tindakan komprehensif bagi mengurangkan kebergantungan hasil kepada kelapa sawit semata-mata bakal memberi pulangan pendapatan kepada 112,000 peneroka.

“Harga getah dan kelapa sawit tidak selalu tinggi, apabila harga kelapa sawit dan getah jatuh, kita masih memperoleh pendapatan daripada tanaman lain, maka tidak perlu subsidi apabila harga komoditi ini jatuh kerana masih boleh menyara hidup dengan tanaman selingan,” katanya lagi.

Sehubungan itu,  peruntukan geran RM 1 bilion diberikan secara berperingkat selama empat tahun bagi melaksanakan PPP seperti dirancang dalam Kertas Putih ‘Ke Arah Kelestarian Felda’ ketika dibentangkan pada 10 April lepas.

Selain itu, aktiviti PPP melibatkan program tanaman selingan gabungan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti durian, nanas dan mangga  dijangka memberi hasil dalam masa yang singkat dilihat dapat menjana  aliran tunai.

Bertemakan “Peneroka Mandiri,  FELDA Lestari”, Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019 dihadiri oleh 10,000 peneroka dari seluruh negara di Felda Selancar 3.WhatsApp Image 2019-07-08 at 13.32.18

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,  Menteri Hal Ehwal Ekonomi,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,  dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bekke Salleh.

Dalam pada itu, Anugerah Keceriaan Kampung FELDA  diberikan kepada Felda Selancar 3 dengan hadiah RM 1 juta diharap dapat memberi impak kepada persekitaran dan pembangunan kualititi komuniti FELDA lebih baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan peruntukan tiga projek yang bernilai RM 637 juta di Pahang.

Projek tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter bernilai RM 173 juta di Gebeng dan projek loji air di Semambu, Kuantan dalam fasa 3 melibatkan 145 juta liter yang menelan kos RM446 juta.

Selain itu, kerajaan persekutuan meluluskan RM18 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Raub.

-KN

Tinggalkan komen anda