Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Lebih 500 Piket Aman di Kuantan

By 1 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Pai Syahira Yahya (Pahang)

KUANTAN, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 500 nelayan pukat jerut, bubu dan bot tradisional berhimpun dan piket secara aman bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap bot pukat tunda yang didakwa merosakkan bubu dan unjang di perairan Pahang di Jeti Tanjung Api.

Kumpulan terbabit berkata bahawa himpunan diadakan bukan untuk menyatakan protes atau tunjuk perasaan, sebaliknya ia bagi menyatakan rasa tidak puas hati nelayan terhadap kerosakan bubu dan unjang di lautan yang boleh menjejaskan ekosistem lautan serta menjejaskan sumber ikan.WhatsApp Image 2019-06-30 at 22.56.27

Mereka mendakwa bubu dan unjang bagi pembiakan ikan di lautan musnah disebabkan lebih 50 bot pukat tunda tempatan yang menggunakan khidmat tekong dan awak-awak warga asing terutamanya dari Vietnam dan Myanmar.

Tengku Adnan Tengku Hussien, 56, berkata, “Masalah membabitkan kerosakan bubu dan unjang semakin ketara sejak tekong warga asing yang bekerja dengan pengusaha tempatan menjalankan aktiviti menangkap ikan.”

Menurutnya lagi, bilangan bubu dan unjang semakin berkurangan boleh menyebabkan ikan tidak dapat membiak kerana kawasan itu telah dimusnahkan.

“Kalau boleh kita mahu bot pukat tunda menjalankan aktiviti penangkapan ikan yang berjauhan dengan kawasan bubu dan unjang,” kata Adnan.

Dalam pada itu, beberapa perbincangan dengan persatuan pukat tunda telah dibuat bagi membincangkan masalah tersebut, tetapi tiada sebarang permuafakatan dicapai sejak bertahun lalu.

Sehubungan itu katanya, “Jadi, perjumpaan dengan wakil persatuan bertujuan agar mereka memaklumkan kepada tekong masing-masing supaya tidak menjalankan aktiviti penangkapan di kawasan yang ditetapkan.”WhatsApp Image 2019-06-30 at 22.56.22

Adnan yang mewakili nelayan yang terjejas turut menuntut ganti rugi atas kemusnahan yang dilakukan.

“Kalau boleh mereka membayar ganti rugi bagi memastikan bubu dan unjang dapat dibina semula bagi menggantikannya,” katanya.

Bahiyuddin Awang, 33 tahun, pula berharap agar satu keputusan dapat dicapai antara nelayan dengan pengusaha pukat tunda kerana isu tersebut turut membelenggu nelayan di sekitar Pantai Timur.

“Isu ini bukan hanya berlaku di Kuantan sahaja, tetapi di Terengganu pun berdepan masalah sama. Saya wakil nelayan dari Dungun mahu perkara ini dapat di selesaikan bersama,” kata Bahayuddin.

Dalam perkembangan lain, Naib Pengerusi Persatuan Pukat Tunda Kuantan, Chua Kia Ming, 58, berkata bahawa pihaknya sudah mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan masalah tersebut menerusi perbingcangan aman.

Selain itu, cadangan mengenai pengeluaran kad pengesahan kepada tekong warga asing bagi memperkenalkan pengusaha sebenar bot pukat tunda juga dipersetujui.

Chua berkata, “Kami akan membayar ganti rugi kerosakkan unjang sebanyak RM15,000 dan RM400 bagi bubu yang rosak beserta bukti disebabkan aktiviti penangkapan dari tekong dan awak-awak.”

Hadir sama, ADUN Semambu, Sim Chon Siang dan para nelayan sekitar Pantai Timur.

 

-KN

Tinggalkan komen anda