Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Sifar Beg Plastik Sabtu dan Ahad

By 1 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Pahang komited melaksanakan hari sifar beg plastik pada setiap Sabtu dan Ahad di semua premis perniagaan berkuatkuasa Julai.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, “Selain daripada beg plastik, larangan juga melibatkan penggunaan penyedut minuman plastic (straw) dan bekas makanan polisterin.”WhatsApp Image 2019-06-30 at 23.06.56

Sebagai langkah permulaan, kerajaan negeri akan mengutamakan aspek pendidikan dan kesedaran kepada pemilik premis perniagaan tentang kepentingan mematuhi peraturan itu.

Sehubungan itu, kerajaan negeri belum memutuskan berapa lama tempoh percubaan akan dilaksanakan sebelum mengenakan tindakan kompaun kepada peniaga yang ingkar tanpa mengira saiz perniagaan pemilik.

“Selepas tempoh tertentu, kerajaan negeri sedia bertindak lebih tegas dengan mengenakan kompaun kepada pemilik premis yang ingkar dengan saranan berkenaan.”

Menurutnya, kerajaan negeri mahu perubahan tersebut dilakukan secara beransur-ansur dan berperingkat serta memberi ruang kepada peniaga juga pengguna untuk mempraktikkan amalan sifar penggunaan beg plastik.

Beliau juga berharap kempen tersebut sebagai percubaan dan permulaan kepada masyarakat dan pemilik premis di Pahang sebagai langkah memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Wan Rosdy berkata demikian sempena Pelancaran Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna di Tunas Manja Group (TMG) Mall Tanjung Lumpur, Kuantan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abdul Rahim Muda dan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Hamdan Hussin.

 

-KN

Tinggalkan komen anda