Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Penyertaan Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah Dibuka Sehingga 30 Ogos

By 23 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin / Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Penyertaan Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (AKIS) 2018/2019 yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM5,000 masih dibuka sehingga 30 Ogos depan.

Sehubungan itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Tseu Kei Yue menggesa agar lebih ramai pihak industri yang layak tampil ke depan dan menyertai anugerah tersebut.

“Borang penyertaan boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi kementerian iaitu www.mti.sabah.gov.my.

“Terdapat enam kategori dinilai iaitu Kategori Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan jualan tahunan kurang daripada RM1 juta, Kategori Syarikat Tempatan dengan jualan masing-masing kurang daripada RM5 juta serta kurang daripada RM10 juta, jualan tahunan di antara RM10 juta hingga RM25 juta serta syarikat tempatan yang berjaya menghasilkan jualan tahunan di atas RM25 juta hingga RM100 juta.

Tseu (tengah) bersama dengan Hijri (kiri) dan Izani (kanan) semasa sidang media.

Tseu (tengah) bersama dengan Hijri (kiri) dan Izani (kanan) semasa sidang media.

“Selain itu, anugerah ini juga mempunyai kategori terbuka iaitu syarikat tempatan yang meraih jualan tahunan melebihi RM100 juta atau syarikat tersebut milik negara asing.

“Antara syarat-syarat penyertaan anugerah ialah terbuka kepada semua syarikat yang berada di Sabah dan beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun secara berterusan serta mengemukakan penyata kewangan yang diaudit dalam tempoh tiga tahun kewangan,” katanya dalam sidang media AKIS di Wisma Kewangan, pada Selasa.

Jelas beliau, AKIS diadakan untuk memberi motivasi kepada pengeluaran barang-barang yang berkualiti tinggi supaya produk-produk buatan Sabah mampu bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

“AKIS yang bermula pada tahun 2007, diadakan secara dwitahunan untuk mengiktiraf serta memacu kecemerlangan perniagaan serta pencapaian kualiti sektor perkilangan dan pembuatan yang beroperasi di negeri ini,” tambah Tseu.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohd. Hijri Mat Rani dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sabah, Izani Ishak.

ER

Tinggalkan komen anda