Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Peruntukan Tambahan Persekutuan Bagi Tingkat Upaya Loji Rawatan Air Merbau Chondong – Azmin

By 12 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan / foto : Mohd Sukri Ismail (Machang)

MACHANG, 12 Jul (Malaysiaaktif) – Sempena Mesyuarat Majlis Tindakan (MTNg) Kelantan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmi Ali turut mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Merbau Chondong pukul 4 petang tadi.

Loji Rawatan Air Merbau Chondong merupakan loji utama yang membekalkan air bersih untuk menampung keperluan penduduk di daerah Machang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Tunjung Kota Bharu.

Kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan dan ketua-ketua jabatan daerah Machang seramai 100 orang hadir menyambut ketibaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Loji Rawatan Air Merbau Chondong.

Tanpa menyebut kos keseluruhan yang telah digunakan dalam menaik taraf loji air ini, Azmin menegaskan beliau akan memohon peruntukkan tambahan persekutuan bagi meningkat upaya Loji Rawatan Air Merbau Condong agar mampu menyediakan keperluan air yang mencukupi kepada pengguna, bukan saja di daerah Machang malah untuk keperluan daerah Kota Baharu ,Tanah Merah serta sempadan Kuala Krai.

Tangki Air dirawat untuk disalurkan kepada penduduk sekitar Machang

Tangki Air dirawat untuk disalurkan kepada penduduk sekitar Machang

Biasanya masalah bekalan air menjadi kritikal di musim perayaan atau cuti umum kerana mereka yang berada di perantauan balik bercuti di kampung dan secara tidak langsung akan berlaku peningkatan jumlah penggunaan air.

Warga Machang menyambut baik usaha kerajaan persekutuan yang mengotakan janjinya membantu Kelantan malah sekali gus menolak momokan sesetengah pihak bahawa Kelantan di anak tiri dan tidak dipedulikan oleh oleh kerajaan persekutuan.

Sempena lawatan ini Azmin juga turut mengumumkan beberapa berita gembira bagi rakyat Kelantan antaranya projek-projek pembangunan dengan nilai ratus juta ringgit semuanya adalah bonus kepada rakyat Kelantan di bawah kerajaan baru.

-NAZ

Tinggalkan komen anda