Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

PUSPANITA Sabah Anjur Program Mingguan Senam Sihat

By 29 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Persatuan Suri & Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah sekali lagi membuktikan keupayaan dan komitmen tinggi dalam menganjurkan pelbagai program termasuk program kemasyarakatan yang melibatkan ahli-ahli pesara dan isteri pesara melalui Program Mingguan Senam Sihat.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, berkata program berkenaan dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada semua ahli terutama yang telah bersara supaya sentiasa mengamalkan senaman bagi mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Hashim (empat dari kanan) semasa menyampaikan ucapan.

Hashim (empat dari kanan) semasa menyampaikan ucapan.

“Program yang diadakan setiap minggu pada hari Sabtu selama satu jam, peserta tidak perlu menjalankan senaman yang berat, cukuplah sekadar mengaktifkan pergerakan badan agar segala otot akan kembali aktif.

“Senaman ini mampu memberi impak positif ke atas tubuh badan kita di samping pengambilan makanan yang seimbang,” katanya semasa merasmikan Program Mingguan Senam Sihat di Taman Ujana Rimba di sini pada Sabtu.

Tambahnya lagi, aktiviti tersebut juga mampu mengurangkan atau mengelakkan terjadinya gejala-gejala penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.

Hashim (depan, tengah) dan paa peserta bersedia untuk bersenam semasa program tersebut.

Hashim (depan, tengah) dan paa peserta bersedia untuk bersenam semasa program tersebut.

Dalam pada itu, Hashim berharap kegiatan berkenaan akan terus disemai dan dibudayakan dalam usaha membantu diri, keluarga dan masyarakat bagi mengekalkan kesihatan.

Hadir bersama pada program berkenaan adalah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datin Seri Panglima A’zah Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pesara PUSPANITA, Datuk Hajah Noni J. Said.

ER

Tinggalkan komen anda