Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Ceramah Puspanita Lengkapkan Ahli dengan Pengetahuan

By 24 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Ceramah Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Wanita adalah selari dengan objektif Penubuhan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) iaitu melengkapkan ahli-ahlinya dengan ilmu pengetahuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr. Fary Akmal Osman, program ini sangat sesuai untuk pengetahuan dan panduan kepada semua wanita.

“Kesedaran keselamatan merupakan agenda di bawah program LA21 yang bertujuan memberi panduan bagaimana menghadapi situasi cemas apabila berlakunya kebakaran manakala untuk kesedaran kesihatan.

Antara Ahli-ahli Puspanita yang menyertai Ceramah Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Wanita, di sini.

Antara Ahli-ahli Puspanita yang menyertai Ceramah Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Wanita, di sini.

“Adalah amat penting kaum wanita untuk menjaga amalan pemakanan yang boleh mencegah atau mengurangkan risiko penyakit berbahaya,” katanya ketika ditemui, di sini.

Program itu juga katanya dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan isteri-isteri dan kakitangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya.

“Untuk perancangan akan datang, saya juga amat berharap sekiranya aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dilaksanakan bersama-sama Puspanita Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan semua agensi di bawahnya bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli Puspanita seperti mana program pada hari ini,” katanya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli Puspanita yang sudi hadir pada program tersebut.

“Semoga semangat kekitaan dan hubungan persahabatan yang terjalin dalam Puspanita sentiasa diteruskan dan turut dizahirkan semasa melaksanakan tugas-tugas harian kita,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda