Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMAMelaka

Kelab Malaysiaku Daerah Melaka Tengah Cipta Sejarah

By 24 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Muhammad Fandy Azam / Nurfariza Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 24 Ogos (Malaysiaaktif) –Penggerak Transformasi Pelajar adalah slogan bagi Program Kembara Kelab Malaysiaku Daerah Melaka bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC) di sini, Khamis lalu.

Taklimat dan Ceramah mengenai Peranan PMR oleh PPD Melaka Tengah.

Taklimat dan Ceramah mengenai Peranan PMR oleh PPD Melaka Tengah.

Program ini adalah kerjasama antara Kelab Malaysiaku Daerah Melaka Tengah dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Jabatan Penerangan mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Nurhasnani Abd Wahab.

Menurut Nurhasnani, program ini telah mencipta sejarah sendiri apabila berjaya melibatkan 21 buah Kelab Malaysiaku Daerah Melaka Tengah dalam satu program bagi merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi cintakan negara dengan menerapkan nilai-nilai murni melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

“Seperti sedia maklum bahawa objektif utama kepada penubuhan Kelab Malaysiaku ini adalah memupuk sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai –nilai murni dan saling hormat menghormati dan diharapkan melalui program ini dapat memberikan para pelajar manfaat serta mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli kelab,” ujarnya.

Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Mohd Noor Samion ditemui berkata program kembara yang diadakan ini telah lama dirancang dan turut berterima kasih kepada pelbagai pihak yang terlibat kerana memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini berlangsung.

“Selain diadakan Pertandingan Boling bersama ahli kelab, Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah juga mengambil satu inisiatif dengan memperkenalkan Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Daerah Melaka Tengah kepada para pengetua, guru dan pelajar mengenai fungsi dan peranan PMR melalui ceramah serta taklimat yang diberikan,” katanya.

Program ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Negeri Melaka, Yusri Seman dan diserikan dengan nyanyian lagu patriotik.

Bersama Pengetua Sekolah Kelab Malaysiaku Daerah Melaka Tengah.

Bersama Pengetua Sekolah Kelab Malaysiaku Daerah Melaka Tengah.

-KN

Tinggalkan komen anda