Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Doa Sayangi Malaysiaku Hiasi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019

By 1 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Syed Hisham Shah/Edi Rizam (Putrajaya)

MELAKA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang bakal dilancarkan Sabtu nanti, Jabatan Penerangan menganjurkan Majlis Zikir Asmaul Husna dan Doa Sayangi Malaysiaku bagi memohon kelancaran program dan kesejahteraan negara.

Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Jabatan Penerangan itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti alunan Asmaul Husna yang dipimpin oleh Syed Hussein Syed Alwi Al Attas dan solat Isyak.

Program ini adalah pembuka tirai bagi program Keagamaan Doa Sayangi Malaysiaku yang turut meliputi agama-agama lain.

Majlis yang diadakan di Masjid Cina Negeri Melaka, Krubong, dan dihadiri kira-kira 2,000 jemaah ini turut mendoakan rakyat Malaysia yang sedang mengerjakan ibadah haji dalam keadaan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri Adly Zahari dan Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Kandungan Digital) Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

-SH

Tinggalkan komen anda