Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pelajar Tahun Peperiksaan Sambut Baik Program Motivasi

By 1 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusof (Tampin)/Daniel Jong (Negeri Sembilan)

TAMPIN, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin teruja menghadiri program ceramah motivasi anjuran Jabatan Penerangan dalam meningkatkan keyakinan dan mengoptimumkan daya saing pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

Penyelaras program, AP Rajan menyatakan rasa syukur kerana pelajarnya diberikan peluang untuk menyertai program sebegini dan sedikit sebanyak dapat membantu memberikan semangat kepada semua calon peperiksaan.

Puan Kogilavani Saman sedang memberikan ceramah motivasi kepada pelajar.

Puan Kogilavani Saman sedang memberikan ceramah motivasi kepada pelajar.

“Pihak kami amat memerlukan perkongsian ilmu daripada pihak luar kerana para pelajar dapat diberikan pendedahan yang beguna untuk mereka berasa lebih yakin bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi,” ujarnya ketika ditemui, di sini.

Rata-rata pelajar yang menyertai program tersebut mezahirkan harapan agar program sebegini boleh dianjurkan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

“Jika sebelum ini, saya kurang berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan penting, tetapi dengan adanya program motivasi seperti ini  saya berasa lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan,” kata S. Murani, salah seorang peserta program tersebut.

Pejabat Penerangan Daerah Tampin dengan kerjasama Persatuan Bahasa Tamil dan Jawatankuasa Penghayatan Nilai Murni SMK Tunku Besar telah mengadakan ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Ceramah motivasi tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian dalam Program Sivik Jiwa Murni yang khusus dianjurkan untuk komuniti bukan Islam.

Ceramah disampaikan oleh wakil dari Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Kogilavani Saman dan disertai oleh 100 orang pelajar menduduki peperiksaan tahun ini.

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah Veerapan Superamaniam dan guru sekolah yang terlibat.

-AK

Tinggalkan komen anda