Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Gelora Konvoi KMJG Sabah Siri Kelapan

By 29 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sherley Emjus /Vicky Matanjang /Jeffren Malaning

KOTA KINABALU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Siri jelajah Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) disambut meriah pada hari ini di Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan. 

KENANGAN... Peserta KMJG merakamkan gambar kenangan di SESB

KENANGAN… Peserta KMJG merakamkan gambar kenangan di SESB

Konvoi KMJG disambut di Padang Majlis Daerah Penampang oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Merangkap ADUN N.20 Moyog, Jenifer Lasimbang.

Jenifer turut melakukan pelepasan konvoi kembara untuk meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lok Yuk, Likas bagi menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan di negeri ini.

Zamri (kanan) menyerahkan cenderakenangan kepada Jenifer (kiri). Zamri (kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada pengetua SMK Limbanak.

Zamri (kanan) menyerahkan cenderakenangan kepada Jenifer (kiri).
Zamri (kanan) menyerahkan Jalur Gemilang kepada pengetua SMK Limbanak.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin turut bersama-sama seluruh warga SJKC Lok Yuk menyambut ketibaan konvoi KMJG di sekolah berkenaan.

Chan berkata, melalui penganjuran program berkenaan ia dapat meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dalam kalangan masyarakat.

Konvoi KMJG siri kelapan diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Media Siber Jabatan Penerangan Sabah, Zamri Abdul Ghani.

Jenifer semasa melepaskan peserta konvoi KMJG.

Jenifer semasa melepaskan peserta konvoi KMJG.

Sehingga hari ini, konvoi kembara telah berjaya melalui sebanyak 1,670 kilometer (km) dan hanya berbaki 400 kilometer sahaja lagi sebelum berakhir di Sipitang pada 29 Ogos 2019.

Konvoi berkenaan turut berhenti di Telekom Malaysia (TM) Sabah, Pejabat Penerangan Putatan, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), dan berakhir di Pejabat Pos Malaysia cawangan Sabah.

ER

Tinggalkan komen anda