Skip to main content
MARencana & Pendapat

Bercucuk Tanam di Rumah

By 29 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Ramai dalam kalangan masyarakat kita minat bercucuk tanam terutama penduduk-penduduk taman perumahan yang mempunyai kawasan terhad untuk menjalankan aktiviti sihat ini.

Selain memberi faedah kesihatan, aktiviti bercucuk tanam juga mampu memberi faedah dari sudut kewangan. Dengan ilmu melalui pembacaan dan internet kita mampu menjana pendapatan sampingan melalui tanaman di halaman rumah sebagai contoh tanaman bunga-bungaan dan herba yang tidak memerlukan kawasan yang besar untuk menjalankan aktiviti semaian dan tanaman.

Tanaman Bidara Arab antara tanaman yang sesuai ditanam dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Tanaman Bidara Arab antara tanaman yang sesuai ditanam dan mempunyai permintaan yang tinggi.

Penggunaan media tanaman seperti sabut kelapa hancur dan sekam padi dapat mengurangkan bebanan kerana dua media ini amat ringan berbanding penggunaan tanah.

Dari segi pembajaan, pilihan terbaik adalah menggunakan baja organik yang telah diproses menggunakan teknologi Efektif Mikrogranisma (EM) yang tidak memberi kesan bau kepada jiran kita dan sudah pasti selamat. Selain itu, hasil buangan dapur seperti air basuhan beras, kulit telur, kulit buah-buahan serta potongan sayur boleh diolah menjadi baja kompos yang sangat bagus.

Contoh mini nursery di halaman rumah.

Contoh mini nursery di halaman rumah.

Penggunaan racun secara organik juga mampu memberi impak positif kepada tanaman dan jiran tetangga. Campuran bahan-bahan seperti bawang putih, halia, cili api yang dikisar dan disembur pada tanaman dapat mencegah dari serangan hama yang menyerang tanaman.

Pengamalan tanaman baik harus dipraktikkan ketika mengusahakan tanaman di kawasan taman perumahan supaya tidak mengganggu kehidupan kejiranan malah dapat menambah keindahan di sekitar kawasan di samping menjana pendapatan keluarga.

-KN

Tinggalkan komen anda